Khalid Ibrahim terlepas peluang memberi penjelasan kepada Dewan berhubung isu SPLASH malah tidak hadir semasa menteri besar memberikan penerangan.
(FMT) – Speaker Dewan Undangan Negeri
(DUN) Selangor Hannah Yeoh menafikan ada menerima suat permohohan
daripada bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung permohonan
memberikan penjelasan mengenai tawaran kepada Syarikat Pengeluar Air
Selangor (SPLASH).
Katanya, Khalid bukan lagi menteri besar
dan harus mengikut peraturan mesyuarat yang ditetapkan Dewan bagi sesi
penjelasan berhubung isu berkenaan.
“Saya tidak terima permohohan Khalid
kerana saya baca laporan (media) beliau mengatakan ada tulis surat. Saya
langsung tidak terima surat begitu juga pejabat speaker dan pejabat
Dewan Negeri.
“Saya difahamkan pegawai beliau ada
hubungi pegawai Dewan tapi ia tidak rasmi dan bertanya sama ada ada
ruang untuk beliau datang bagi menjelaskan perkara ini,” katanya dalam
satu sidang media di lobi DUN Selangor.
Khalid dalam satu kenyataan sebelum ini
memberitahu sudah menghubungi pejabat DUN negeri itu untuk menetapkan
tarikh bagi menjawab tuduhan dilemparkan ke atasnya berhubung tawaran
pampasan kepada SPLASH.
Azmin sebelum ini menuduh Khalid
menawarkan SPLASH dengan nilai pampasan sehingga RM2.975 bilion selain
gagal memaklumkan perkembangan pengambil alihan aset kepada DUN
Selangor, sewaktu menjadi menteri besar.
Bagaimanapun, Khalid manafikan
dakwaan berkenaan dan berkata ia sengaja dicetuskan Azmin kerana mahu
mengalih perhatian terhadap persetujuannya membayar tuntutan SPLASH,
dengan harga 10 kali ganda lebih tinggi.
Mengulas lanjut, Hanna berkata permohonan
Khalid untuk menjawab tuduhan Azmin di DUN tetap ditolak berikutan
mengikut peraturan mesyuarat Dewan kerana peluangnya sudah terlepas.
“Beliau bukan lagi menteri besar dan saya
ada aturan urusan mesyuarat yang saya perlu ikut. Saya tidak boleh
secara tiba-tiba memberi ruang kepada seorang Adun Bebas untuk datang
(ke Dewan) memberi penjelasan. Peluang mendapatkan penjelasan yang lebih
sudah tiada.
“Kita ada ruang dan aturan yang kita
perlu jelaskan. Saya jelaskan kepada media yang isu dibangkitkan
Pelabuhan Klang semasa perbahasan dasar.
“Beliau mempertikaikan tawaran kepada
SPLASH dan perkara itu dijawab kerajaan dalam sesi penggulungan malah
menteri besar sudah menjawabnya tetapi Pelabuhan Klang tidak hadir dalam
Dewan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan