Muhammad Ibrahim menjelaskan akaun yang sangat
meragukan akan ditutup dan wang dikembalikan kepada pemilik akaun
manakala dana hanya akan disita atau dibekukan sekiranya diarahkan
mahkamah.
Kuala
Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah agresif untuk
memerangi skim kewangan haram sebagai sebahagian daripada dasar tidak
bertoleransi bank pusat itu terhadap pengendali dan pelabur yang sengaja
mengambil bahagian dalam aktiviti kewangan haram.
“Daripada jumlah itu, 108 akaun disenaraikan di bawah amaran pelanggan kewangan Bank Negara berikutan aduan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama Malaysia, hari ini.
Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, individu atau perniagaan yang terlibat dalam aktiviti kewangan haram boleh didenda sehingga RM50 juta dan dipenjarakan 10 tahun.
Akta itu menyediakan peraturan dan pengawalseliaan institusi kewangan, sistem pembayaran dan entiti relevan lain dan pengawasan pasaran wang serta pasaran pertukaran asing bagi menggalakkan kestabilan kewangan dan bagi perkara berkaitan, berbangkit atau bersampingan.
“Apa-apa juga pelaburan yang menawarkan pulangan lebih daripada 20% adalah tidak realistik,” katanya sambil menambah amanah saham adalah pengurus portfolio terbaik kerana ia menawarkan pulangan kira-kira 6 hingga 7%.
Beliau menjelaskan akaun yang sangat meragukan akan ditutup dan wang dikembalikan kepada pemilik akaun manakala dana hanya akan disita atau dibekukan sekiranya diarahkan mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan