Caspian
Siapa sangka, dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung di
seluruh negara, berlaku sedikit adegan bertumbuk di hadapan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Malah, setiap apa yang berlaku di dalam
progran TN50 bersama penggiat seni ini juga mungkin menjadi tontonan
buat seluruh penduduk di dunia.
Dalam program yang sepatutnya menjadi percambahan ilmu, siapa sangka,
penerbit filem tersohor berbangsa Cina, David Teo telah diserang oleh
Mat Over yang dikenali sebagai ahli UMNO di Kuala Berang.
Alasannya mudah, David Teo dikatakan biadab di hadapan Najib walhal
sudah memang menjadi cara David Teo apabila becakap. Lagipun, David Teo
hanya menggunakan haknya selaku rakyat Malaysia untuk bersuara sesuai
dengan amalan kebebasan bersuara di negara ini.
Persoalannya, dari sudut mana David Teo berlaku biadab? Adakah suara David Teo yang tinggi itu dikatakan biadab?
Memang agak melucukan apabila kejadian seumpama ini tidak pernah
berlaku dalam apa jua bentuk dialog yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan
Harapan. Hadirin yang hadir akan kyusuk mendengar setiap butir bicara
pemimpin tanpa sekalipun mahu menimbulkan perbalahan.
Mungkin ini cara UMNO dalam mempertahankan hak mereka. Jika tidak
suka, mereka akan menampar sesiapa sahaja yang melawan cakap mereka.
Kejadian berkenaan, bukan sahaja memalukan negara malah ianya turut
bakal menjadi buah mulut setiap seorang penggiat seni.
Pasti mereka akan terfikir, adakah ini cara UMNO yang belagak hero di
hadapan Najib namun menikus apabila di belakang ketua mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan