HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Mei 2017

Jadikan DAP musuh utama bukti PAS sesat dalam politik

 Bernama

Sebagai bekas sekutu DAP, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap tindakan PAS sbagai tidak masuk akal

BUTTERWORTH: Tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menunjukkan parti itu ‘sesat’ dalam berpolitik selain ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Sebagai bekas sekutu DAP, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap tindakan PAS sbagai tidak masuk akal.

“Jadi di sini, jelaslah PAS dari segi perjuangan politiknya telah sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan…sepatutnya musuh utama PAS adalah BN,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Penerangan Isu Semasa di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perwakilan PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah yang dilaporkan sebagai berkata bahawa BN bukan lagi musuh utama PAS pada PRU-14 sebaliknya ia adalah DAP kerana secara jelas menentang agenda Islam.

Pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Muktamar PAS Ke-63 di Kedah semalam, Yusni turut menganggap Pakatan Harapan (PH), yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebagai musuh utama parti Islam itu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata PH tidak bercadang untuk bertemu dengan kepimpinan PAS bagi membincangkan perkara itu sebaliknya mereka akan terus berusaha memperkukuh pakatan berkenaan.-Bernama

Tiada ulasan: