Kamarul Yusoff mempunyai peluang yang lebih cerah sekiranya menyertai program-program televisyen seperti Raja Lawak, kata Naib Pengerusi PKR Melaka
KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi PKR Melaka, G Rajendran berkata pemimpin pembangkang tidak perlu melayan karenah Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff kerana beliau merupakan pelawak politik yang baru muncul.
Katanya, kemunculan Kamarul Zaman dalam politik tanah air hanyalah menyertai barisan pelawak politik lain seperti Presiden Perkasa Ibrahim Ali, Timbalan Menteri Umno Ahmad Maslan, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunus dan pensyarah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah di mana gemar memberi kenyataan-kenyataan pelik dan tidak masuk akal.
“Mereka ini suka membuat lawak dengan memberi kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal. Kini Kamarul menyertai mereka.
“Saya percaya Kamarul minat nak tanding pada PRU 14. Jadi, beliau membangkitkan pelbagai isu khususnya terhadap DAP dalam usaha mengembirakan beberapa orang.
“Tapi, kita (pembangkang) tidak perlu bimbang. Orang-orang sepertinya hanya akan muncul masa pilihan raya sahaja. Lepas PRU akan hilang,” kata Rajendran dalam satu kenyataan media.
Tambah Rajendran lagi, adalah sangat pelik apabila Kamarul yang mengumpulkan tandatangan lebih 100 ahli akademik yang sedang berkhidmat di universiti tempatan, inisiatif penyediaan memorandum bagi mendesak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi surat tunjuk sebab kepada DAP.
“Apa masalah dengan dia? Kalau tak suka DAP, bertanding dalam PRU,” gesa Rajendran sambil menyifatkan Kamarul juga tidak memliki akidah yang kuat sehingga membuat laporan polis terhadap Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.
Untuk rekod, Kamarul Zaman menyifatkan kandungan buku bertajuk ‘Becoming Hannah’ yang dihasilkan oleh Hannah Yeoh sebagai usaha untuk memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang lain yang bukan beragama Kristian supaya cenderong kepada agama Kristian.
“Kalau pegangan agama yang kuat, buat apa takut dengan sebuah buku?” soal Rajendran.
Beliau juga mencadangkan bahawa Kamarul mempunyai peluang yang lebih cerah sekiranya menyertai program-program televisyen seperti Raja Lawak.
“Kalau boleh berlakonlah dengan Mat Over,” ujarnya.
Pada 17 Mei lalu, majlis dialog #TN50seni bersama Perdana Menteri Najib Razak bertukar kecoh apabila Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin tiba-tiba menampar penerbit filem David Teo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan