PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas berhubung urus niaga menyebabkan Bank
Negara Malaysia (BNM) kerugian AS$10 bilion pada 1990-an, hari ini
memanggil bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, untuk beri
keterangan.
Beliau dilihat memasuki bangunan Kementerian Kewangan pada jam 3.25 petang dan keluar pada kira-kira jam 4.10 petang.
Bagaimanapun, beliau enggan melayan pertanyaan wartawan yang menunggu di lobi Kementerian Kewangan.
Pada sesi pendengaran sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan negara kerugian antara RM15 bilion
hingga RM30 bilion dalam skandal tukaran wang asing BNM pada 1990-an.
Kenyataan itu dikeluarkan Unit Komunikasi PKR sejurus selepas Anwar
memberi keterangan selaku bekas Menteri Kewangan bagi tempoh 1991
sehingga dia dipenjarakan pada September 1998 dan Nor Mohamed dilantik
sebagai penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri dan seterusnya sebagai
Menteri Kewangan Kedua pada 2008.
Pasukan petugas yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu
dijangka membentangkan laporan akhirnya kepada kepada kerajaan pada Jun
ini, mengandungi syor untuk tindakan lanjut berhubung siasatannya,
merangkumi jika perlu cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
Sepanjang siasatan setakat ini, pasukan terbabit sudah meneliti secara
mendalam dokumen sedia ada seperti Laporan Kewangan Tahunan BNM; Laporan
Artikel IV oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); Penyata Rasmi
Parlimen, kenyataan media serta penerbitan berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan