Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PKR tidak tersinggung dengan kritikan ahli DAP, Datuk Zaid
Ibrahim yang mendakwa pengisytiharan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri ke-7 merupakan satu
perbuatan 'sombong'.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata parti itu bukan bersikap
sombong sebaliknya mempraktikkan apa yang telah diperjuangkan sejak
hampir dua dekad lalu.
DAP juga kata Johari, menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
"Tidak mengapalah dia mahu komen sebagai seorang ahli politik. Seorang
ahli politik biasa lah itu. Saya sedikit pun tidak terasa kecewa, atau
terasa hati dengan komen dia. Tiada. Biasa lah tu.
"Kita konsisten maka Datuk Zaid Ibrahim dalam Keadilan (PKR) pun dia
mahu Anwar Ibrahim. Kita 18 tahun pun kita berjuang kita mahu Anwar
Ibrahim. Jadi kita konsisten, bukan kita baru buat ini. Bukan baru buat
dalam Kongres ini. Kita konsisten sejak 18 tahun yang dahulu, bukan
baru. Bukan sombong, tidak sombong.
"Siapa pun boleh kritik, tiada masalah. (Datuk Seri) Najib pun boleh
kritik, (Datuk Seri) Samyvellu boleh kritik, Zaid Ibrahim pun boleh.
Sesiapa pun. Tiada masalah apa kritik saja. Kerana Zaid Ibrahim dari
DAP, DAP pun terima Anwar sebagai Perdana Menteri," katanya ketika
dihubungi Antarapos hari ini.
Terdahulu, Zaid dalam Twitter beliau mengkritik PKR apabila mengangkat
plakad 'Anwar PM ke-7' sewaktu kongres parti itu yang disifatkannya
tidak menghormati dua pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa, pengisytiharan
bahawa Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri merupakan satu
perbuatan ‘sombong’.
Beliau sebelum ini pernah secara lantang menyuarakan sokongan terhadap
Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang
memenangi pilihan raya akan datang.
Kritikan Zaid itu kemudian dibidas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang
mendakwa, sebagai seorang ahli politik yang mempunyai sejarah
turun-naik, Zaid tidak sepatutnya menyerang rakan-rakan dari pakatan
pembangkang.
Rafizi juga berkata Anwar tetap relevan dalam arena politik Malaysia.
Zaid kemudian membalas kembali dengan berkata, Malaysia tidak akan
memiliki masa hadapan sekiranya diterajui Rafizi ekoran sikapnya yang
gemar mengeluarkan kata-kata pedas kepada sesiapa sahaja yang tidak
sependapat dengannya.
Mengulas mengenai 'perbalahan' tersebut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menyifatkannya sebagai perkara biasa.
"Komen sama-sama pemimpin ini jenuh lah kita kan. Tiada apa lah. Bagi saya tiada apa-apa masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan