KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Ampang hari ini menjatuhkan hukuman 13
tahun penjara dan enam sebatan ke atas seorang anggota tentera selepas
dia didapati bersalah merogol isteri rakannya ketika menumpang tidur di
rumah mangsa, tahun lalu.
Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh,
Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak, 37, selepas mendapati pihak
pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir
kes pembelaan.
Beliau turut memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum (hari ini).
Seramai 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 2016.
Ketika rayuan, peguam tertuduh, Mohd Azhar Mohd Ghazali memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira jasa anak
guamnnya kepada negara yang telah 18 tahun berkhidmat dalam pasukan
tentera.
“Tertuduh juga mempunyai seorang anak kecil berumur lapan tahun. Jika
satu tempoh pemenjaraan yang panjang diberikan, tertuduh akan kehilangan
semua keistimewaan yang dikecapi sepanjang perkhidmatan dalam tentera
dan anaknya juga akan berhadapan dengan stigma masyarakat dengan
pemenjaraan bapanya ini,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya, M.Arunjothy memohon mahkamah menjatuhkan
hukuman setimpal dengan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh
mengambil kira faktor kepentingan awam, trauma, emosi dan malu yang
dihadapi mangsa dan keluarganya ekoran kejadian itu.
Pada 22 Julai 2016, Mohd Zulkarnain mengaku tidak bersalah atas
pertuduhan merogol mangsa berusia 25 tahun 10 bulan di dalam bilik tidur
rumah mangsa di sebuah pangsapuri di ibunegara pada jam 3.30 pagi, 12
Julai 2016.
Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan
boleh juga dikenakan sebat.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, semasa mangsa sedang tidur
bersama anaknya di dalam bilik, mangsa tersedar apabila merasakan dia
dihempap dan dalam keadaan gelap dan separuh sedar kerana mengantuk,
mangsa merasakan ada berlaku kemasukan ke dalam kemaluannya.
Lalu wanita itu membuka matanya sedikit dan melihat seorang lelaki
berkepala botak yang mana mangsa menyangka lelaki itu adalah suaminya
kerana suaminya juga berkepala botak.
Tertuduh juga cuba untuk meliwat mangsa menyebabkan mangsa terkejut
lalu bangun dan melihat lelaki itu bukan suaminya sebaliknya adalah
rakan suaminya yang ketika itu dalam keadaan bogel.
Mangsa menjerit namun tertuduh menyuruh mangsa supaya tidak bising dan
dia segera memakai pakaiannya dan meninggalkan mangsa sebelum mangsa
menghubungi suaminya yang ketika itu tiada di rumah.
Difahamkan tertuduh telah datang ke rumah rakannya itu untuk menumpang tidur selama sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan