KALAU ada angka tunjuk kemunafikan (hypocrisy index), Malaysia
tentu mendapat kedudukan yang tinggi. Walaupun Islam mencegah hipokrasi, orang
Malaysia, termasuk yang mengaku beragama Islam, terkenal dengan amalan cakap
lain buat lain.
![]() |
| Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib |
Sebab itulah dalam indeks keislaman (Islamicity Index), Malaysia dan negara-negara Islam lain mendapat markah rendah.
Indeks ini mengukur amalan
ciri-ciri Islam dalam pelbagai aspek kehidupan harian. Ia diilhamkan oleh
dua orang cendekiawan Islam Amerika, Hossein Askari dan Hossein Mohammadkhan.
Bagi
indeks terbaru, iaitu tahun 2016, Malaysia menduduki tempat ke-41, naik daripada
anak tangga ke-43 tahun sebelumnya. Semua negara yang mendahului kita adalah
negara bukan Islam. Negara nombor satu tahun 2016 ialah New Zealand dan 2015, Belanda.
Bagi
kedua-dua tahun itu, Indeks Keislaman Singapura lebih tinggi. Di anak
tangga ke-22 pada
tahun lalu dan 17 pada tahun 2015. Antara ciri yang diambil kira adalah
kekuatan ekonomi, keadilan sosial, keselamatan dan bebas rasuah.
Nampaknya orang kafir
lebih peduli kepada apa yang betul dan apa yang salah. Mereka sanggup mengambil
risiko untuk menegakkan kebenaran.
Contoh klasik adalah
penyiasatan dan tindakan undang-undang bersabit skandal penipuan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd oleh negara-negara
bukan Islam.
Hari ini semua yang telah bertindak ke atas skandal itu adalah negara-negara bukan Islam seperti Singapura,
Amerika Syarikat dan Switzerland. Indek Keislaman Amerika tahun lalu nombor 17
dan Switzerland, 5.
Hipokrit Malaysia
Sebab itulah jika
pembangkang ditakdirkan menang dalam pilihan raya umum (PRU) tahun hadapan,
mereka wajib mengambil tindakan paling tegas dan keras terhadap mereka yang
terlibat berbohong bagi melindungi skandal ini.
Selain kepala-kepala
politik Barisan Nasional, tindakan wajib diambil ke atas pegawai-pegawai utama seperti Peguam
Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha
Kementerian Kewangan, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Audit Negara.
Setidak-tidaknya pun
mereka wajib disiasat bersabit peranan mereka menyembunyikan atau memanipulasi kebenaran.
Dalam konteks ini, mungkin Ketua Audit Negara yang bersara, (Tan Sri Ambrin
Buang) telah menjalankan tugas dengan telus.
![]() |
| Laporan Ambrin diOSAkan. |
Saya katakan begitu kerana laporan penyiasatan beliau ke atas 1MDB yang diserahkan kepada Parlimen telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Maksudnya ada perkara buruk
yang hendak disembunyikan oleh kerajaan daripada rakyat jelata sehingga Ahli Parlimen pun
tidak dibenar membincangkannya. Siapa yang mendedahkannya akan dihukum.
Bagi SPRM pula,
sesetengah pegawainya yang terdahulu telah dipindahkan secara tergesa-gesa atau
ditekan agar bersara awal. Ini bermakna mereka telah menemui sesuatu yang buruk
mengenai 1MDB dan SRC.
Kemudian pembunuhan amat kejam ke atas pendakwa raya kanan, Datuk Anthony Kevin Morais pada bulan September 2015.
Morais disebut sebagai pakar dalam bidang pendakwaan rasuah dan dikatakan dalam
proses merangka draf pertuduhan yang membabitkan penyelewengan RM42 juta duit
SRC.
Enam orang yang terdiri
daripada Kol Dr R Kunaseegaran, 54; R Dinishwaran, 25; A K Thinesh Kumar, 24; M
Vishwanath, 27; S Nimalan, 24 dan S Ravi Chandaran, 46 – telah dituduh
melakukan pembunuhan itu. Mereka telah pun diperintah supaya membela diri.
Peranan Peguam Negara
Dalam apa juga usaha dan
tindakan merungkai skandal 1MDB dan SRC ini,
peranan Peguam Negara yang ada sekarang, Mohamed Apandi Ali adalah
kemuncak (pivotal).
Beliau lah yang “membebaskan”
Perdana Menteri, (I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul
Jalil) Mohd Najib Abdul Razak daripada segala tuduhan berkaitan skandal penipuan
1MDB dan SRC.
Dalam berbuat
demikian, Apandi telah bertindak sebagai pendakwa raya, peguam bela dan hakim
bagi menyelamatkan Najib.
Kita tentu masih ingat bagaimana beliau tergesa-gesa dilantik menggantikan (Tan Sri) Abdul Gani Patail, yang tempoh perkhidmatannya ditamatkan lebih awal atas alasan dia sakit.
Kita tentu masih ingat bagaimana beliau tergesa-gesa dilantik menggantikan (Tan Sri) Abdul Gani Patail, yang tempoh perkhidmatannya ditamatkan lebih awal atas alasan dia sakit.
Alhamdulillah, Allah
Taala telah memperlihatkan pembohongan mereka. Abdul Gani bukan sahaja tidak sakit
malah cukup sihat untuk membuka firma guamannya sendiri selepas dipecat.
Berbalik kepada Apandi, genap
enam bulan dilantik Peguam Negara dia mengadakan sidang akhbar membebaskan Najib
daripada segala kesalahan berkaitan duit RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya
dan RM42 juta duit SRC yang diselewengkan.
Tidak dapat tidak kita
terpaksa menamakan Apandi sebagai saksi utama dalam sebarang penyiasatan boda
fide mengenai kegagalan mengambil tindakan ke atas penyelewengan 1MDB dan SRC.
Bukan
sahaja dia telah menutup kes-kes di Malaysia malah dia juga enggan
bekerjasama dengan pihak berkuasa
luar, khususnya Pejabat Peguam Negara Switzerland, yang sedang menyiasat
pengalihan duit haram (money laundering) yang berpunca daripada 1MDB.
Peguam Negara
Switzerland, Michael Lauber, dilaporkan berkata pejabatnya telah dua kali
meminta bantuan MLA (Mutual Legal Assistance) daripada Malaysia, tetapi ditolak
atas alasan kerjasama tidak boleh diberikan di bawah rangka kerjasama MLA.
Di sinilah terletak ironi atau keanehannya. Negara kafir peduli terhadap penipuan 1MDB dan mahu membantu mendapatkan balik duit curi itu supaya boleh dibagi balik kepada rakyat jelata Malaysia.
Di sinilah terletak ironi atau keanehannya. Negara kafir peduli terhadap penipuan 1MDB dan mahu membantu mendapatkan balik duit curi itu supaya boleh dibagi balik kepada rakyat jelata Malaysia.
Singapura telah membekukan
duit curi itu dan menghukum - termasuk penjara - pegawai-pegawai bank yang
terlibat dengan pengalihan duit haram tersebut.
Amerika sedang
menggunakan KARI, iaitu inisiatif mendapatkan balik harta negara yang digelapkan
oleh kerajaan pencuri (Kleptocracy Asset Recovery Initiative).
![]() |
| Jeff Sessions: 1MDB kleptokrasi terburuk di dunia |
Beliau memberitahu satu persidangan antarabangsa mengenai harta curi bahawa pencurian wang 1MDB adalah kes kleptokrasi (kerajaan pencuri) terburuk di dunia.
Pendek kata, kalau Apandi ada hati kecil (conscience) dia wajar bertanya kepada hati kecilnya itu adakah apa yang dia telah dan sedang lakukan itu benar dan betul.
Kalau seorang penyiasat
Biro Penyiasatan Pusat Amerika (FBI) sanggup bersumpah mengenai 1MDB dan
menghadapi risiko dihukum penjara lima tahun sekiranya berbohong, adakah Apandi
boleh dibiarkan dengan penafiannya?
Agen FBI yang menyiasat
harta yang dibeli dengan duit curi 1MDB itu boleh dihukum penjara lima tahun di
bawah undang-undang sumpah bohong (perjury) kalau maklumat yang diberikannya
tidak tepat.
Nampaknya sebuah negara
bukan Islam lebih serius dalam usaha membantu kita mendapatkan balik harta
negara yang dicuri oleh para pembesar kita sendiri.
Tetapi di Malaysia ada lagi manusia yang mempertahankan jenayah global itu dan marah apabila gelaran “lanun Bugis” digunakan.
Apakah orang ini tidak
berasa malu dan berasa bersalah mengaku Islam, menadah tangan ke langit berdoa
dan mengelilingi diri mereka dengan tuan guru, tok haji dan tok lebai tetapi melakukan
jenayah besar yang satu dunia sudah tahu?
Boleh
jadi kerana sifat munafik
ramai para pembesar kita dan sikap tidak ambil peduli sebahagian rakyat
jelata maka hari ini Malaysia dipersendakan dan dijadikan hamba oleh
negara-negara yang
berkepentingan.Wallahuaklam.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan