shahbudindotcom
Tidak
tahan dengan kecaman pelbagai pihak di media sosial, termasuk daripada
kalangan mereka yang pro UMNO, kerajaan akhirnya membatalkan
perlaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia atau
IMAMS, hanya sehari selepas ia dikuatkuasakan.
Ketua
Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Rashidi Hasbullah
berkata, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orangramai dan
pihak yang berkaitan dengan pengendalian umrah.
Nampaknya
kerajaan BN sekarang ini begitu cekap dan prihatin kepada rakyat
sehingga bukan saja pantas dalam membatalkan sesuatu yang tidak disukai
rakyat, malah pada hari Sabtu iaitu cuti hujung minggu pun Ketua
Setiausaha masih bekerja dan sanggup membuat pengumuman yang penting
ini.
Hanya di era Najib Razak semua ini didapati berlaku.
Meskipun
demikian, keputusan cekap dan cepat Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan itu tetap menimbulkan keraguan kepada orangramai di mana
ramai yang bimbang pembatalan itu hanya bersifat sementara saja.
Dua
kemungkinan yang dirasakan ialah pertama, sistem IMAMS ini akan
diserahkan kepada GLC seperti Tabung Haji misalnya untuk mengelakkan isu
syarikat bukan Islam terbabit dalam urusan umrah daripada terus
berbangkit, tetapi kemudian pengendaliannya tetap diserahkan kepada
syarikat yang sama untuk menguruskannya.
Oleh
kerana pihak kementerian telah memperkenalkan LKU atau Lesen Khas Umrah
yang merangkumi 65 syarikat pengendali umrah berdaftar dengannya,
melencongkan cara perlaksanaannya kepada kaedah lain adalah tidak
mustahil, lebih-lebih lagi kerana sistem IMAMS ini menjanjikan pulangan
kewangan yang lumayan kepada syarikat yang diberikan kontraknya.
Kedua,
IMAMS mungkin hanya ditangguhkan buat sementara menunggu pilihanraya
saja dan akan diteruskan semula sekiranya BN kembali menang PRU 14 akan
datang.
Cara
ini adalah biasa dilakukan oleh BN sebelum ini, contohnya tol Lebuhraya
Persekutuan ketika diumumkan oleh Samy Vellu dahulu ia mendapat
tentangan daripada MB Selangor ketika itu, Muhammad Mohd Taib dan tidak
dibenar dilaksanakan, tetapi selepas pilihanraya dan mandat diperolehi,
ia akhirnya dengan senang-lenang dikuatkuasakan semula.
Apakah sistem IMAMS ini juga bakal mengikut contoh yang sama?
Jadi, bagaimanakah untuk rakyat mahu memastikan IMAMS tidak kembali sampai bila-bila?
Mudah
saja - pastikan UMNO dan BN kalah pilihanraya. Hanya dengan Pakatan
Harapan menguasai Putrajaya, kesejahteraan dan kebajikan rakyat lebih
terpelihara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan