KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Rayuan Idris Harun menolak permohonan
kerajaan negeri Selangor agar beliau menarik diri daripada mendengar
rayuan kes bagi mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya yang
dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Idris diminta menarik diri daripada mendengar kes itu berikutan beliau
mempengerusikan panel hakim dalam kes pertikaian kawasan pilihan raya
oleh pembangkang sebelum ini.
Pertikaian itu membabitkan SPR dengan Adun Batu Lintang (PKR Sarawak) See Chee How dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah.
“Saya dapati tiada merit bagi permohonan ini," kata Idrus.
Idrus yang mengetuai panel tiga hakim, sepatutnya mendengar usul untuk
mengenepikan satu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas
suruhanjaya tersebut pada hari ini.
Satu rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 28
November oleh panel tiga hakim, di mana Idrus turut menjadi hakim,
mengenai cabaran undang-undang oleh pengundi Melaka, yang diketuai oleh
Chan Tsu Chong terhadap SPR.
Dalam keputusan itu, Mahkamah Rayuan membuat kesimpulan SPR "tidak
boleh dihalang dengan cara apa pun untuk melaksanakan fungsi
perlembagaannya kerana tindakan campur tangan untuk menangguhkan
amalannya di negeri Selangor."
Kesimpulannya selanjutnya mengatakan SPR "secara perlembagaannya
terikat untuk meneruskan semua siasatan tempatan bagi menunaikan
kewajiban perlembagaannya."
Pada Khamis, Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan negeri Selangor tidak boleh mencabar pelaksanaan persempadanan semula SPR.
Hakim Azizul Azmi Adnan berkata, mahkamah tidak boleh campur tangan
dalam pelaksanaan persempadanan semula, yang menurut beliau ia adalah
bidang kuasa eksklusif badan perundangan itu.
Selangor memfailkan permohonan semakan kehakiman pada Oktober tahun
lepas, menamakan SPR, pengerusinya Hashim Abdullah dan setiausaha Abdul
Ghani Salleh sebagai responden.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan