Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia menjadi
calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) sekiranya rakyat terdesak.
Beliau berkata, cadangan pemimpin-pemimpin PH mahu beliau menjadi calon
perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai
timbalannya jika PH memenangi pilihan raya umum ke 14, belum
dimuktamadkan lagi.
"Pakatan Harapan belum buat keputusan, mereka belum capai kata sepakat
lagi," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi
pakatan empat parti itu.
Bagaimanapun Dr Mahathir berkata beliau secara peribadi bersedia menyahut cadangan itu.
"Kalau rakyat terdesak dan tidak dapat mencari calon lain, mungkin
lelaki berusia 93 tahun ini boleh menjadi calon," kata beliau yang
pernah menerajui negara dan Umno selama 22 tahun sebelum bersara pada
2003.
Persaraan itu bagaimanapun tidak muktamad. Dr Mahathir kini memimpin
PH dan bekerjasama dengan bekas-bekas musuh politiknya di dalam DAP dan
PKR dan Amanah.
Beliau berbuat demikian setelah keluar daripada Umno kerana tidak
mendapat sokongan parti itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Awal bulan ini PH difahamkan sepakat melantik Dr Mahathir sebagai
perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai
timbalannya sekiranya menang PRU14.
Kesepakatan itu dicapai selepas cadangan menamakan dua pemimpin
berpengaruh itu dikemukakan pada permukiman PH yang diadakan di Yayasan
Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Beberapa pemimpin pakatan itu juga telah mengesahkan cadangan berkenaan
dibuat pada permukiman berkenaan, dan hanya menunggu restu daripada
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan