shahbudindotcom
Timbalan
Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menghangatkan lagi kecelaruan
kerajaan dalam perlaksanaan sistem IMAMS apabila menyatakan kabinet
hanya dimaklumkan secara umum saja mengenainya dan tidak pernah
menyatakan sistem itu akan dikendalikan oleh syarikat swasta.
Kata
beliau, kabinet hanya dimaklumkan syarikat pengendali umrah akan
didaftarkan dan pemantauan akan dilakukan bagi mengelak jemaah umrah
menjadi mangsa penipuan.
Tetapi
ianya tidak langsung menyebut mengenai perlantikan mana-mana syarikat
untuk mengendalikan sistem pemantauan ini dan menggunakan sumber luar,
ujar Zahid Hamidi.
Dengan
kenyataan Zahid Hamidi ini, persoalan yang tentunya bermain-main dalam
fikiran kita ialah apakah jenis kabinet yang ada sekarang ini?
Adakah ia kabinet yang mengurus kerajaan atau kabinet kayu usang untuk menyimpan pakaian-pakaian lama?
Benarkah kabinet hanya dimaklumkan mengenai IMAMS secara umum saja seperti yang dinyatakan oleh Zahid Hamidi itu?
Jika demikian, bagaimana Nazri boleh memberi penjelasan di Parlimen sebagaimana video rakamannya di sini https://youtu.be/2AvbuxUITnc dan dengan nyata menyebut caj bayaran RM90.10 akan dikenakan?
Adakah
Nazri sebagai menteri kanan hanya pandai-pandai sendiri saja memberi
penjelasan di Parlimen dan tidak memaklumkan kepada kabinet terlebih
dahulu?
Kiranya
itu yang yang berlaku, tidakkah Nazri sebenarnya telah melakukan suatu
kesalahan dengan melaksanakan sesuatu program yang melibatkan
kepentingan ramai tanpa memberitahu kepada kabinet?
Meskipun
demikian, kabinet khususnya Najib Razak dan Zahid Hamidi sebagai
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tidak boleh lepas tangan
begitu saja dalam hal ini.
Di mana mereka ketika Nazri menjawab persoalan mengenai IMAMS di Parlimen?
Kalaulah
benar kabinet hanya dimaklumkan secara umum saja mengenai sistem IMAMS,
kenapa mereka tidak pernah bertanya kepada Nazri dengan lebih lanjut
selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu bercakap mengenainya di
Parlimen?
Mengapa
baru sekarang Zahid Hamidi menyatakan kabinet tidak dimaklumkan
mengenai perlantikan syarikat swasta untuk menguruskan IMAMS sedangkan
peluang terbuka luas sebelum itu untuk Najib dan beliau sendiri bertanya
serta memperincikan banyak persoalan kepada Nazri dalam setiap minggu
mesyuarat kabinet diadakan?
Kalau
bukan kabinet, siapakah yang memberi kebenaran kepada Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan untuk menetapkan tarikh 15 Disember sebagai
detik berkuatkuasanya sistem IMAMS sebagaimana majlis pengumumannya
disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas
Ermieyati Samsudin sebelum ini?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Atau
mungkinkan kenyataan Zahid Hamidi ini bertujuan untuk menunjukkan
betapa lemah, lompong dan lepas tangannya kepimpinan Najib dalam
mengurus negara?
Kepada
rakyat, pengundi dan mereka yang cintakan negara ini, meskipun
hari-hari terpaksa membayar cukai GST, masih mahukah kita menyusahkan
anak cucu dan generasi akan datang dengan terus mengundi UMNO dan BN
yang jelas semakin tidak bermaya mentadbir negara serta memberi
kesejahteraan yang lebih bermakna?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan