HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Disember 2017

Chong Wei terlepas gelaran juara Siri Super Akhir Dunia

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong tewas di tangan Viktor Axelsen malam tadi pada final Siri Super Akhir Dunia, sekali gus gagal memburu gelaran kelimanya di kejohanan berprestij itu.
 
Pada aksi selama 84 minit di Kompleks Sukan Hamdan Dubai, Emiriah Arab Bersatu itu, Chong Wei yang kini berada di kedudukan kedua dunia ditundukkan pemain muda dari Denmark itu 19-21, 21-19 dan 21-15.
 
Chong Wei pada awalnya kelihatan lebih bersemangat pada set pertama bagaimanapun tidak dapat menangkis kemaraan Axelsen pada set seterusnya yang menjurus kepada kemenangan berpihak kepada Axelsen.
 
Namun, Chong Wei tidak memberikan kemenangan mudah kepada Axelsen apabila juara empat kali itu terpaksa bertungkus lumus dalam aksi sengit untuk mengalahkan Chong Wei.
 
Chong Wei sebelum ini sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008 di Kota Kinabalu, 2009 (Johor Bahru), 2010 (Taiwan) dan 2013 (Kuala Lumpur).
 
Kekalahan tersebut bermakna Chong Wei menutup tirai 2017 hanya dengan dua kejuaraan iaitu All England dan Terbuka Hong Kong.
 
 

Tiada ulasan: