Oleh Dinsman
Anda masuk ke suatu kawasan masjid, dengan tujuan untuk solat di dalam masjid berkenaan. Sebaik sahaja anda masuk ke pekarangannya anda terkejut melihat suatu papan tanda terpampang menyambut anda.
Merah warnanya, dengan tulisan besar berwarna putih: “AWAS” dan di bawahnya “KECURIAN”. Di bawahnya lagi, dua baris: “Jangan Tinggal Barangan Berharga Dalam Kenderaan Anda”.
Bukan satu. Di dinding masjid itu bahagian depannya anda segera nampak terpampang lagi dua – satu di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan. Papan tanda yang sama, dengan ukuran yang kecil sedikit. Anda berjalan hendak ke tandas di belakang masjid, anda temui lagi satu papan tanda di pekarangan belakang itu, sebesar yang di pekarangan depan tadi.
Selepas ambil wudhuk anda berjalan menuju ke pintu masuk masjid di bahagian belakang, anda nampak lagi papan tanda yang sama terpampang di dinding masjid bahagian belakang itu.
Belum pernah lagi saya melihat papan tanda sebegini di mana-mana masjid sebelum ini, makanya saya jadi terkejut dan berasa pelik dan hairan. Mengapakah sampai begitu sekali mereka memerlukan papan tanda yang seperti itu? Apakah pencuri terlalu banyak dan selalu melakukan pencurian di pekarangan masjid itu?
Bukan satu dan bukan dua papan tanda peringatan itu. Yang saya ternampak saja ada lima. Mungkin ada lagi yang saya tak nampak. Dan kalau ada lima sahaja pun saya kira itu sudah cukup banyak, untuk sebuah masjid yang tidaklah begitu besar.
Soalnya apakah begitu sekali diperlukan pemasangan papan tanda yang seperti itu? Jawapannya tentulah ia diperlukan. Kalau tidak takkanlah para ahli jawatankuasa pentadbiran masjid itu mahu mencacatkan keindahan masjid mereka dengan pemasangan papan tanda yang membawa makna negatif itu.
Lalu saya terfikir, tentulah masjid ini sudah berpengalaman yang sepadan dengan tindakan dan keputusan yang telah mereka ambil itu. Tentulah banyak kecurian telah berlaku, hingga mendesak mereka membuat keputusan sedemikian. Memberi peringatan secara sungguh-sungguh kepada orang yang membawa kenderaan ke masjid, supaya berhati-hati sebelum terjadi kejadian yang tidak diingini.
Dan saya terfikir lagi – kalaulah kecurian telah banyak berlaku, apakah pihak pentadbiran masjid tidak berusaha dan berikhtiar untuk mengatasinya, dengan apa-apa cara, sebelum mereka membuat keputusan memasang papan tanda berkenaan?
Tetapi rasanya tidak wajar kalau mereka tidak berusaha dan berikhtiar terlebih dahulu. Tentu mereka telah berusaha dan berikhtiar. Dan rupa-rupanya usaha dan ikhtiar mereka itu tidak juga dapat menghalang pencuri-pencuri daripada terus mencuri. Itulah sebabnya mereka terpaksa memasang papan tanda yang ‘hodoh’ itu.
Dan ini suatu keadaan yang sangat menyedihkan, mengecewakan dan sangat dikesalkan. Masyarakat Islam kita sudah sampai ke tahap itu rupa-rupanya. Tempat suci beribadat pun sudah tidak suci lagi daripada kejadian mencuri yang serius, sehingga tidak mampu lagi dikawal oleh pihak pengurusan masjid.
Dan saya melihat apa yang berlaku di masjid ini sebagai ‘tanda’ yang menunjukkan betapa teruk dan ‘hancur’nya akhlak masyarakat kita. Masyarakat Islam kita. Curi-mencuri sudah tak terkawal lagi. Hingga ke masjid pun. Dan papan-papan tanda itu menjadi buktinya.
Saya melihat perkara kehancuran ini tidak hanya terhad di kawasan masjid itu sahaja. Masjid itu hanyalah ‘tanda’nya sahaja. Tanda bahawa masyarakat Islam di negara ini sedang ‘hancur’ nilai-nilai keIslamannya. Hancur hingga ke pekarangan masjidnya. Dan para pentadbir serta pemimpin pun tidak punya kewibawaan lagi. Mereka mengangkat papan tanda itu sebagai ikhtiar terakhir
Itulah fenomena umat Islam terkini di negara kita yang tercinta ini. Pihak pimpinan masjid sendiri telah membuat pengakuan bahawa kecurian sudah sampai ke tahap yang tak dapat dikawal lagi, melainkan orang ramailah yang mesti mengawalnya. Pihak pimpinan sudah berlepas tangan.
Pihak pimpinan berlepas tangan sebab apa? Sebab pada mereka sudah ada banyak lagi perkara dan urusan lain yang lebih mustahak untuk mereka uruskan dan perhatikan. Mencuri bukan lagi perkara jenayah berat yang menduduki prioriti untuk ditangani. Mencuri sudah jadi perkara biasa dalam masyarakat kita.
Satu lagi tandanya betapa teruk fenomena mencuri dalam masyarakat kita ialah taman-taman perumahan yang sudahpun menjadi kawasan berpagar sekelilingnya dan ada pengawal yang diupah untuk mengawalnya. Kita tidak lagi bebas memasuki taman-taman perumahan. Kita perlu melalui tapisan pengawal keselamatan.
Apakah ini ciri-ciri yang menunjukkan bahawa nilai-nilai hidup Islam adalah nilai-nilai unggul yang perlu dihormati dan disanjung oleh seluruh umat manusia sepanjang zaman (seperti yang sering didakwa oleh para alim-ulamak kita dalam kuliah-kuliah dakwah mereka)?
Memikirkannya dalam konteks dan perspektif inilah saya menjadi terkejut dan terpegun melihat papan tanda tadi itu. Saya melihatnya sebagai penghakisan nilai-nilai unggul Islam yang dilakukan oleh penganut-penganut Islam sendiri; yang rupa-rupanya masih terus berlaku sejak ratusan tahun dahulu lagi.
Dan dalam masa yang sama kita bercakap dan berkempen mengenai hukum Hudud yang kita dakwa bakal menyelesaikan masalah jenayah umat manusia di zaman ini. Hah!.. Sangatlah kelakarnya kita. Seolah-olah kita bercakap di dunia yang lain tanpa kita menyedari di dunia manakah kita sedang menjalani kehidupan kita sekarang.
Dan dalam konteks melihat sesuatu yang sebagai ‘tanda’ ini, apakah yang sedang ‘ditandai’ oleh pimpinan Malaysia hari ini (kerana pimpinan Malaysia adalah pimpinan Islam) ke atas nilai-nilai keIslaman untuk umat Islam di dunia hari ini?
Saya menjadi takut memikirkannya. Takut hendak mengangkat muka kita sebagai muka Islam yang kita dakwa membawa nilai-nilai unggul yang diwarisi dari seorang pemimpin umat manusia yang terunggul iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Takut bahawa kita sedang mencemari marwah atau imej mulia Rasulullah s.a.w itu. Mereka yang menghukum haram kalau melakonkan watak Nabi di dalaam teater kerana itu menghina Nabi, tetapi tidakkah apa yang sedang dibenarkan berlaku oleh pimpinan Islam hari ini adalah suatu penghinaan yang lebih serius ke atas Nabi?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan