SHAH ALAM: Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) akan mengemukakan
permohonan notis merah yang baru kepada Interpol bagi menghalang
perjalanan antarabangsa penceramah kontroversi dari negara itu, Dr Zakir
Naik.
Permohonan notis merah itu bertujuan memaklumkan semua negara Interpol
bahawa individu dalam notis itu dikehendaki berdasarkan kepada waran
tangkap atau keputusan mahkamah negara yang memohon atau tribunal
antarabangsa.
Interpol sebelum ini menolak permohonan NIA kerana berpendapat permohonan itu 'terlalu awal', memetik laporan Times of India.
Interpol berkata tiada pendakwaan rasmi difailkan terhadap Zakir yang
mana menurut badan itu, pendakwaan rasmi merupakan keperluan asas
memohon ekstradisi seseorang menurut peraturan kerajaan India.
Bagaimanapun NIA menjelaskan Interpol tidak menerima permohonan
mengeluarkan notis merah terhadap Zakir kerana agensi perisikan belum
memfailkan kertas pendakwaan untuk tangkapan penceranah kontroversi itu.
NIA memaklumkan sudah memohon mahkamah untuk mengeluarkan kertas
pendakwaan terhadap Zakir dan akan sekali lagi membuat permohonan ke
Interpol.
NIA sebelum ini pernah memohon Interpol mengeluarkan notis merah ke
atas Zakir selepas beliau berulang kali ingkar memberi kerjasama
terhadap siasatan ke atasnya.
Zakir disiasat pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan jenayah berkaitan keganasan.
NIA berkata, Zakir 'sengaja menghina' kepercayaan Hindu, Kristian, dan
aliran Islam seperti Syiah, Sufi dan Barelvi, selain ucapannya
mempengaruhi rekrut kepada perjuangan IS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan