KOTA BHARU: Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah
berkata PAS negeri itu ketandusan pemimpin jika benar Timbalan Presiden
PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di negeri itu pada
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Lebih malang katanya, Tuan Ibrahim boleh dianggap bukan seorang pejuang
kerana meninggalkan tempat asal dan memilih kawasan selamat seperti
Kelantan untuk bertanding.
"Dia kata nak pertahan Kelantan, habis Pahang macam mana nak menang?
Kalau betul PAS Kelantan bawa masuk beliau, adalah malang sekali pemain
utama Pahang pergi cari tempat selamat dan bertanding di Kelantan.
"Bagi saya sekarang bukan masa bawa masuk pemain import. Agaknya PAS
Kelantan sekarang sudah tidak ada pakar politik," katanya dalam sidang
akhbar di pejabat PAN Kawasan Kota Bharu, di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan