HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Februari 2018

Beku peruntukan: ADUN PAS akan hubungi pejabat daerah hari ini, kata Sallehen

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: ADUN-ADUN PAS Selangor akan menghubungi pejabat daerah masing-masing hari ini untuk mengetahui status peruntukan kawasan mereka, sama ada boleh dikeluarkan atau masih dibekukan, demikian jelas Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehen Mukhyi.   
 
"Katanya (sudah) boleh dituntut, tapi setakat ini DUN saya sendiri dan beberapa DUN (PAS) lain pun bila kita hubungi, mengatakan masih belum boleh tuntut.
 
"Kita akan berhubung dengan pegawai daerah esok (hari ini), InsyaAllah," katanya kepada Antarapos. 
 
Justeru katanya, langkah untuk berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bergantung kepada keputusan yang bakal mereka perolehi daripada pejabat daerah.
 
"Iya (akan jumpa menteri besar)...jika (peruntukan) masih tak keluar lagi.
 
"Setakat ini masih belum berjumpa, mungkin dia sibuk. Namun beliau maklum hajat saya untuk berjumpa dengan beliau. Saya terbuka, bila-bila masa yang dipanggil, saya akan pergi," kata ADUN Sabak itu lagi. 
 
Khamis lalu Exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad berkata hanya ADUN-ADUN PAS difahamkan belum diberi kelulusan untuk menggunakan peruntukan tahunan RM800,000 yang diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor. 
 
Menurut Iskandar, pihaknya dimaklumkan bahawa peruntukan untuk ADUN sememangnya sudah sampai ke pejabat daerah, namun ia tidak dapat dikeluarkan oleh wakil rakyat PAS.
 
Justeru ujarnya, beliau difahamkan pimpinan PAS Selangor diketuai Sallehen berhasrat mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada Azmin. 
 
Iskandar juga menegaskan perjumpaan antara Azmin dan PAS Selangor harus diadakan secara rasmi kerana ia mempunyai impak besar ke atas kebajikan rakyat, dan bukan sekadar 'bincang tepi jalan'. 
 
Azmin sebelum ini berkata peruntukan itu mungkin belum dapat disalurkan kepada ADUN-ADUN berkenaan kerana masalah teknikal. 
 
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dalam pada itu menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan pimpinan PAS Selangor bagi memperinci isu berkenaan

Tiada ulasan: