Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin belum membuat keputusan sama
ada akan bertanding di Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14) nanti sebagaimana dilaporkan media baru-baru ini.
Ujar beliau, keputusan untuk bertanding atau sebaliknya memerlukan perbincangan dengan pucuk kepimpinan PAS.
"Yang itu saya pun tak tahu tapi bukan saya kata.
"Saya tidak tahu, bagi saya perlu bincang dengan pucuk kepimpinan," katanya kepada Antarapos.
Ditanya secara peribadi sekiranya bersedia untuk kembali bertanding di
Parlimen Arau, Hashim menjawab tidak boleh memberi jawapan pada masa
sekarang.
"Saya pun tak boleh bagi jawapan," katanya.
Sebelum ini PAS Perlis mengesahkan bahawa Hashim akan kembali
bertanding dalam PRU14 sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Arau
yang sekali gus bakal menyaksikan pertembungan dengan Pengerusi Barisan
Nasional (BN) negeri Datuk Seri Shahidan Kassim sekiranya beliau
mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya nanti.
Selain Hashim, Shahidan juga bakal berhadapan dengan calon dari Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut meletakkan calon bagi
mewakili Pakatan Harapan diketuai DAP di kawasan berkenaan.
Untuk rekod, Shahidan pernah menentang Harun di Parlimen Arau pada
pilihan raya lalu dan berjaya menewaskan pemimpin tertinggi Pas itu
dengan majoriti agak selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan