HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Februari 2018

Dera bayi: Suami isteri direman seminggu

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama seminggu terhadap pasangan suami isteri yang disyaki mendera bayi perempuan mereka sehingga meninggal dunia.
 
Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah mengeluarkan reman berkenaan yang bermula hari ini.
 
Sementara itu, ujian air kencing yang dijalankan terhadap pasangan yang masing-masing berusia 22 itu bagaimanapun mendapati kedua-duanya negatif.
 
Dalam kejadian di Kampung Tok Panjang malam kelmarin itu, mangsa dikatakan lemah dan enggan meminum susu sebelum dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran.
 
Bayi malang tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.
 
Ketika ini, bedah siasat terhadap mayat bayi tersebut masih dijalankan di HSJ.
 
 

Tiada ulasan: