HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Februari 2018

Kereta guru terbakar hampir 90 peratus

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Kereta milik seorang guru yang diletakkan dalam kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Kemunting dekat sini terbakar dalam satu kejadian pada kira-kira pukul 2 petang hari ini.
 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, kereta jenis Honda CRV milik guru yang mengajar di sekolah tersebut terbakar hampir 90 peratus.
 
Menurutnya, sebuah jentera membabitkan lima anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 2.28 petang.
 
“Pihak bomba masih belum mendapat maklumat mengenai punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dipetik Utusan.
 
 
 

Tiada ulasan: