PUTRAJAYA: Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Malaysian Association of
Hotel Owners (MAHO) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA) hari ini
menandatangani persefahaman berbentuk aku janji bagi menetapkan tiada
sebarang polisi yang melarang pekerja wanita daripada mengenakan tudung.
Aku janji berkenaan membabitkan kira-kira lebih 3,000 hotel di seluruh
negara yang bernaung di bawa tiga persatuan hotel terbabit.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib
berkata, pemantauan berterusan akan tetap dijalankan terhadap sektor
perhotelan bagi memastikan pematuhan aku janji berkenaan.
“Melalui aku janji ini, diharapkan hotel yang terlibat akan mematuhi
kepada segala yang telah dipersetujui dan isu larangan bertudung ini
tidak akan timbul.
“Ini kerana kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang
isu yang melibatkan diskriminasi kepada pekerja,” katanya selepas
menyaksikan majlis menandatangani aku janji berkenaan oleh tiga
persatuan hotel terbabit di sini hari.
Wakil-wakil persatuan itu adalah Presiden MAH, Cheah Swee Hee; Pengarah
Eksekutif MAHO, Shaharuddin M. Said dan Ahli Majlis MYBHA, Mohamed
Zamri Mohamed Rashid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan