HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 Februari 2018

Masih ada pilihan lain jika tiada pembantu rumah - Psikologi

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Malaysia tidak perlu terlalu bergantung kepada kerajaan Indonesia dalam perkhidmatan pembantu rumah, kata seorang pakar psikologi Prof. Dr. Mariani Md Nor.
 
Beliau yang mengakui ibu bapa adalah golongan yang paling terkesan sekiranya negara Republik itu membekukan perkhidmatan tersebut berkata, terdapat pelbagai inisiatif lain yang boleh menggantikan pembantu rumah dari negara asing.
 
"Ibu bapa boleh menghantar anak-anak ke taska-taska yang berdaftar, taska yang ada transit dari tengahari sampai ke petang tu boleh diletakkan di situ tetapi dengan bayaran.
 
"Pihak kebajikan masyarakat juga sentiasa menyarankan adanya taska di tempat pekerjaan, tapi di tempat pekerjaan pun beroperasi dari pagi hingga tengahari. Tapi kalau nak beroperasi hingga ke petang itu yang dinamakan trasit, anak itu diletakkan di situ dan dibayar mengikut jam," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus wujud cadangan Jakarta untuk membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia susulan kematian Adelina Lisao, 26, yang didera di rumah majikannya di Pulau Pinang.
 
Perkembangan ini dimaklumkan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia Rusdi Kirana melalui sebuah portal berita Indonesia, Sindo News.
 
Walau bagaimanpun menurut Mariani, yang juga merupakan Pengarah Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tidak semua majikan yang bertindak mendera pembantu rumah mereka.
 
"Ada juga majikan yang betul-betul menjaga pembantu sama seperti keluarga. Dia keluarga India tapi pembantu rumahnya Islam, dia sampai menghantar pembantu rumahnya pergi umrah," jelas beliau.
 
Ujar Mariani lagi, Indonesia bertindak sedemikian kerana marah apabila rakyatnya dilayan seperti binatang sehingga mengakibatkan kematian.
 
"Bila dah berlaku kematian,ini menyebabkan kerajaan Indonesia memang amat marah dan berang kerana membuat rakyatnya dijadikan pembantu rumah dan diperlakukan sebegitu.
 
"Sedangkan dia ke Malaysia untuk mencari nafkah, untuk keluarga dia. Kalau kita berada di tempat itu,kita mungkin akan melakukan perkara yang sama," katanya lagi.
 
Kejadian yang berlaku di Taman Kota Permai 2, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menyaksikan kes penderan pembantu rumah yang berlaku sehingga mengakibatkan kematian.
 
Wakil Konsulat Indonesia di Pulau Pinang Neni Kurniati berkata Adelina Lisio, 28, tidak pernah membuat aduan kepada pihak konsulat berhubung majikannya sepanjang bekerja di situ dan pembantu rumah berkenaan sebelum ini pernah bekerja dengan majikan lain.
 
Adelina yang mengalami kecederaan parah termasuk luka dan lebam di badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada 12 Feb 2018 dan mayatnya dihantar ke HSJ untuk bedah siasat.
 
 

Tiada ulasan: