HALAMAN SANTAI

Khamis, 15 Februari 2018

Peniaga pasar malam dikelar jual produk tidak berkesan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang peniaga pasar malam maut dikelar leher pada 5 Januari lalu akibat menjual produk kosmetik tidak mujarab, ketua polis daerah Shah Alam.
 
ACP Baharuddin Mat Taib berkata beberapa lelaki Indonesia menemui Mohd Nor Syazrin Rasdi, 29, ketika mempromosi produk itu di tapak pasar malam Taman Sri Muda, Seksyen 25, Jun tahun lalu.
 
“Berlaku pertengkaran sehingga membawa pergaduhan susulan suspek mendakwa barangan dijual oleh mangsa tidak mujarab.
 
“Kejadian itu telah disahkan oleh rakan mangsa yang berada semasa kejadian,” katanya dipetik Sinar Harian.
 
Beliau berkata mangsa kemudian kembali berniaga di lokasi sama dan berlaku lagi pergaduhan pada jam 9 malam hari kejadian.
 
Seramai 13 warga Indonesia termasuk isteri mangsa ditahan. Polis sedang memburu lelaki dikenali ‘Jumandi’ dan ‘Gandar’ bagi membantu siasatan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
 

Tiada ulasan: