SHAH ALAM: Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini menafikan catatan
media sosial yang memetik Ketua Menteri Abang Johari Openg sebagai
memberi ultimatum atau amaran kepada Petronas.
Sambil menyuarakan rasa kesal terhadap berita palsu itu, Pejabat Ketua
Menteri turut menegaskan bahawa Abang Johari tidak pernah berbuat
sedemikian.
“Pihak pejabat ini mahu menjelaskan bahawa ketua menteri tidak pernah
mengeluarkan sebarang ultimatum (amaran) kepada Petronas walaupun
menjadi tanggungjawab Petronas untuk mematuhi undang-undang negeri ini
sebagaimana syarikat lain yang berminat dengan prospek dan perlombongan
di Sarawak.
“Ketua menteri) juga sentiasa menekankan Sarawak akan bekerjasama
dengan Petronas menerusi syarikat minyak yang baru ditubuhkannya, PETROS
dalam sektor minyak dan gas di Sarawak berdasarkan ketetapan
undang-undang dan Perlembagaan.
"Berita palsu itu sesuatu yang amat dikesali," kata pejabat itu dalam satu kenyataan, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan