shahbuduindotcom
Pepatah
zaman kleptokrasi ada menyebut - kalau mahu pandai dan bijak, makanlah
makanan berkhasiat, tetapi jika mahu jadi bengap, cubalah ambil dedak.
Tidak
pasti sama ada Chandra Muzaffar ini jenis penerima dedak atau tidak,
tetapi melihat kepada hujah-hujah yang disampaikannya dalam menyokong
keputusan kerajaan membenarkan kehadiran diplomat Israel ke negara ini,
ia nampak tidak jauh berbeza dengan cara berfikir mereka yang diketahui
adalah penerima dedak daripada Najib Razak yang bertaburan di media
sosial sekarang ini.
Chandra
dilaporkan berkata, kehadiran diplomat Israel untuk menyertai Forum
Bandar Sedunia di Kuala Lumpur, baru-baru ini tidak dapat dielakkan
kerana ia adalah syarat yang ditetapkan oleh penganjur iaitu UN-Habitat,
sebuah agensi PBB.
"Persidangan
antarabangsa itu adalah anjuran PBB dan PBB tidak membeza-bezakan
anggotanya. Jadi, diplomat itu hadir atas kapasiti dan kedudukannya
sebagai negara anggota PBB.
"Ini
bermakna bukan Malaysia yang menjemput Israel atau menyediakan platform
untuk mereka datang. Sebagai tuan rumah, Malaysia harus mematuhi
syarat-syarat yang ditetapkan, termasuk membenarkan kemasukan diplomat
Israel.
"Malaysia
tiada pilihan. Kita menjemput Israel bukan atas kehendak kita. Israel
datang juga bukan kerana kerajaan Malaysia, tetapi untuk menghadiri
WUF," katanya lagi.
Fikir dan nilaikan sendiri hujah-hujah Chandra itu dan benarkah Malaysia tiada pilihan?
Pertama, apakah Forum Bandar Sedunia itu begitu penting bagi negara, kepada rakyat dan masa depan Malaysia?
Adakah
jika menolak penganjurannya yang diketahui terdapat syarat mesti
membenarkan kehadiran diplomat Israel, Malaysia akan dipulaukan oleh
PBB, disekat ekonominya atau diperangi oleh mana-mana kuasa besar dunia?
Mana
lebih penting, menolak penganjuran forum dan secara langsung menghalang
kemasukan diplomat Israel atau setuju menganjurkannya dan membenarkan
kehadiran diplomat Israel yang dengannya menyinggung perasaan seluruh
umat Islam serta menodai sokongan kepada perjuangan rakyat Palestine
selama ini?
Jadi, siapa kata kita tiada pilihan?
Kedua,
apakah ketika kerajaan bersetuju untuk menjadi tuan rumah menganjurkan
forum itu dahulu, Malaysia tidak menyemak syarat PBB yang menghendaki
semua negara peserta, termasuk Israel, mesti dibenarkan masuk ke negara
ini?
Jika
ia disedari sejak awal, kenapa Malaysia setuju juga menjadi penganjur
atau pernahkah Malaysia cuba berunding dengan PBB untuk mengecualikan
kehadiran Israel ke negara kita?
Mustahak
sangatkah kehadiran Israel atau Forum Bandar Sedunia akan cacat tanpa
kelibat diplomat daripada negara yang selalu bersikap kejam terhadap
rakyat Palestine?
Pilihan tiada atau Malaysia tidak cuba mengemukakan pilihan kepada PBB?
Akhirnya,
katalah persoalan tentang kehadiran diplomat Israel pernah dibangkitkan
oleh Malaysia kepada PBB dan ia ditolak oleh badan dunia itu, tidakkah
lebih mulia kita menolak saja untuk jadi penganjur forum tersebut?
Sekurang-kurangnya
Malaysia dapat menunjukkan ketegasannya dalam soal Israel kepada PBB
dan dalam masa yang sama dapat memperlihatkan kita tidak bersikap talam
dua muka dalam menyokong perjuangan rakyat Palestine.
Di
mana harga diri Malaysia jika dalam soal berkaitan Israel dan Palestine
pun boleh dikompromi hanya dengan sebuah forum yang belum tentu memberi
banyak makna rakyat dan negara?
Hakikatnya, pilihan memang ada, terbuka dan terbentang dengan luasnya. Hanya mahu atau tidak mahu mengemukakannya saja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan