Pengerusi Nadi Rakyat Sungai Besar, Khairulnaem Abu Samah berkata sebagaimana dakwaan yang didedahkan oleh Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin baru-baru, pihaknya berharap agar perkara itu disiasat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Selangor.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan entri blog Badrul Hisham berkaitan dakwaan rasuah berkenaan kepada pihak SPRM di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di sini hari ini.
Menerusi entri blog chegubard.blogspot.my bertarikh 5 Februari lalu, Badrul Hisham mendakwa berlaku perbuatan rasuah ketika Mohd Fauzi dan Abu Talib menjadi Ahli Majlis sebuah majlis daerah. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan