DETIK DAILY
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Perkembangan politik Malaysia khususnya di Selangor makin mendapat
perhatian apabila Pesuruhjaya PAS Selangor membuat kenyataan bersedia
menawar Tan Seri Khalid bertanding mana mana kerusi Dun tanpa syarat dan
tiada masaalah untuk menerima Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri
Besar Selangor selepas Pru14 biarpun Tan Seri Khalid tidak bertanding
atas tiket Pas seperti yang disiarkan akhbar Sinar Harian 4 Feb 2018.
2. Nampaknya PAS tidak perlu menunggu sehingga selepas pru14 untuk jadi
kuasa penentu apabila pilihan hati sudah dizahirkan dalam menentukan
siapa bakal MB Selangor selepas pru14.
Berdasarkan kenyataan Pesuruhjayanya, dengan memilih Tan Sri Khalid
Ibrahim secara tidak langsung menunjukan PAS Selangor sudah tentu
mendapat 'lampu hijau' dari PAS pusat untuk menerima Tan Sri Khalid
sebagai Menteri Besar.
3. Penerimaan PAS untuk Tan Sri Khalid menjadi MB Selangor sudah tentu
berkaitan kesedian PAS membentuk kerajaan campuran dengan UmnoBn yang
menjadi salah satu pilihan PAS selain kekal sebagai pembangkang,bahkan
Tan Sri Khalid juga telah menyatakan kesediaan beliau membantu UmnoBn
merampas serta menawan Selangor dari Pakatan Harapan pada pru14 dan
dalam masa yang sama membantu PAS yang banyak membantu beliau.
4. Perkembangan sebegini makin dilihat mendekatkan hubungan cinta panas
asmara PAS dan Umno,walaupun pada pru14 akan datang PAS dan UmnoBN
dilihat berkelahi kata mengata antara satu sama lain tetapi itu adalah
ibarat perselisihan kisah percintaan rajuk merajuk dan memujuk,tetapi
dalam masa yang sama PAS tetap berharap akan dapat naik pelamin bersama
UmnoBN untuk direnjis air mawar selepas pru14 selesai.
#MogaPasUmnoKeGerbangBahagia
#MogaJodohPasUmnoBerpanjangan
#KekalKeAnakCucu
* DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR, Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan:
Catat Ulasan