KUALA LUMPUR: Kedudukan Universiti Malaya (UM) dalam Asia University
Rankings yang dikeluarkan Times Higher Education (THE) melonjak ke
tangga ke-46 tahun ini berbanding ke-59 tahun lalu.
Naib Canselornya Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim berkata, sistem
penarafan itu merupakan penanda aras UM berbanding institusi pengajian
tinggi lain dari segi mengukur kedudukan dan status semasa universiti.
“Ia juga amat penting bagi UM untuk terus menambah baik dalam bidang
kebolehgajian graduan, jaringan dan kerjasama dengan industri serta
perkongsian strategik antarabangsa.
“Peningkatan UM dalam ranking juga adalah bukti pelaburan dan inisiatif
yang diambil sejak beberapa tahun lalu untuk menambah baik prestasi
universiti berada di landasannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ini merupakan tahun kedua UM menyertai THE University Rankings dan
menurut laman sesawang majalah itu universiti terbaik Asia ialah
Nanyang Technological University di Singapura.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan