Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PPBM hanya akan bertanding di bawah logo PKR, namun hati dan
jiwa calon parti itu terus kekal bersama parti bunga itu.
Sumber PKR memberitahu Antarapos demikian mengulas pemilihan bendera
PKR sebagai logo rasmi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14).
Ketika diminta mengesahkannya sekali lagi, beliau yang juga pimpinan
tertinggi PKR begitu yakin PH akan mengumumkan bendera PKR dipilih
sebagai logo rasmi pada malam ini.
"Dia pinjam sahaja logo kita, ahli masih ahli dia. Soal pendaftaran itu
soal isu perundangan. Itu soal perundangan, tetapi dia masih lagi ahli
kepada PPBM.
"Bagi saya, dia daftar atau tidak daftar itu hanyalah soal perundangan.
Hati, hasrat dan jiwa dia sudah PBBM. Ia tidak menghalang untuk dia
untuk menggunakan logo Keadilan, sebab kita pinjamkan logo itu. Kita
berjiwa besar dan tumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN). Tidak ada
masalah," katanya kepada Antarapos hari ini.
Genap 24 jam PPBM dibubarkan sementara oleh Pendaftaran Pertubuhan
(RoS), Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan ahli parti itu
tidak akan menyertai mana-mana parti komponen PH.
Malah tegasnya, kesemua 52 kerusi Parlimen yang diberikan kepada
partinya - menerusi agihan kerusi PH - tetap menjadi milik mereka.
52 kerusi menurut Dr Mahathir akan dipertandingkan secara individu atau
menggunakan logo tunggal gagasan pembangkang itu yang akan diumumkan.
Ia susulan, PPBM diisytiharkan RoS sebagai bubar sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.
Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata PPBM diberi tempoh 30 hari untuk
membuat rayuan terhadap keputusan itu namun perlu mengemukakan semua
dokumen-dokumen yang diminta RoS.
Jika gagal, parti pimpinan Dr Mahathir itu akan secara automatik terbubar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan