KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, masyarakat India di
negara ini tidak mudah diperbodohkan dengan janji 100 hari pakatan
pembangkang untuk menyelesaikan masalah kaum itu.
Perdana Menteri berkata, masyarakat itu bijak memikirkan masa depan mereka berada di tangan Barisan Nasional (BN).
Katanya, pemimpin utama pembangkang mempunyai tempoh 22 tahun untuk
menyelesaikan masalah masyarakat India, tetapi gagal melakukannya.
Beliau berkata, pemimpin itu kini mendakwa mereka mampu
menyelesaikannya dalam tempoh 100 hari jika pembangkang mengambil alih
kuasa.
"Pemimpin selama 22 tahun itu mempunyai sifat buruk, suka menyalahkan orang lain dan bukan dirinya sendiri.
"Dia tidak boleh salahkan bekas Presiden MIC, Tan Sri S Samy Vellu,
yang menjadi Menteri Kerjaraya ketika beliau menjadi Perdana Menteri
sebagai punca masalah masyarakat India dalam pendidikan, ekonomi dan
aspek lain.
"Samy Vellu tidak boleh selesaikan masalah ekonomi dan pendidikan
kerana portfolio beliau hanya kerjaraya, bukan kewangan, Unit Perancang
Ekonomi (EPU) dan pendidikan," katanya dipetik BH Online.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran
Skim Pelaburan Khas Masyarakat India B40, di sini, hari ini.
Yang turut hadir Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Pengerusi
BN Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; dan
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, Perdana Menteri selama 22 tahun
itu kerap mencari pihak lain untuk dipersalahkan, termasuk dalam
termasuk skandal kerugian Forex Bank Negara Malaysia (BNM), Ops Lalang
dan peristiwa Memali.
"Dia menyalahkan orang lain sebagai punca kejadian itu, seolah-olah
hanya beliau yang benar, manakala yang lain salah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan