KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil lebih
mengutamakan jentera pergerakan itu berbanding soal isu sama ada beliau
dipilih sebagai calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Katanya, soal menjadi calon bukan keutamaan beliau kerana apa yang
penting baginya adalah jentera parti dapat digerakkan dengan mantap dan
berkesan supaya BN dapat menang besar dalam PRU-14.
"Kemenangan besar BN merupakan hadiah yang besar bagi saya.
"Soal jadi calon itu walaupun saya sentiasa dalam perbincangan dengan
Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) bukan keutamaan bagi saya"
katanya.
Beliau berkata demikian semasa hadir ke Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin
Allahyarhamah Tan Sri Napsiah Omar di Surau Ar-Rahman, Menara Dato Onn
di sini, hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan