KUALA LUMPUR: Mahkamah Indonesia memutuskan pemilik kapal mewah
Equanimity yang sah adalah Equanimity (Cayman) Ltd. dan tiada kaitan
dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Brigadier Jeneral Polis Direktorat Tindak Pidana Ekonomi dan Khusus,
Dr. Rudy Heriyanto Adi berkata, keputusan Mahkamah Daerah Jakarta
Selatan tidak boleh dipertikaikan.
“Selain itu, mahkamah turut memutuskan untuk segera mengembalikan kapal
tersebut kepada pemiliknya, Equanimity (Cayman) Ltd. kerana rampasan
itu tidak sah dan dibuat tanpa asas undang-undang,’’ katanya dalam
kenyataan hari ini.
Kapal layar mewah didakwa milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih
dikenali sebagai Jho Low itu dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di
Bali pada Februari lalu kerana dipercayai dibeli menggunakan dana yang
didakwa diseleweng.
Polis Indonesia juga mengesahkan berita penemuan wang tunai bernilai
RM1 bilion dalam kapal Equanimity yang dirampas itu adalah palsu.
Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Ekonomi Khas, Pesuruhjaya Tinggi
Polis Indonesia, Daniel Silitingo berkata, tiada sebarang wang tunai
yang ditemukan sepanjang proses pencarian bukti di dalam kapal mewah
tersebut.
Berita penemuan wang tunai tersebut tular dalam media sosial selepas
pihak berkuasa Indonesia merampas kapal tersebut dan isu itu
dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang mengaitkannya dengan dana yang
diseleweng daripada syarikat 1MDB.
Dalam pada itu, Mahkamah Indonesia turut memutuskan tiada keputusan
mahkamah menunjukkan bahawa pemilik kapal mewah itu melakukan jenayah.
“Jika kesalahan itu tidak dapat dibuktikan, maka rampasan juga tidak seharusnya berlaku,” kata beliau.
DUA bot polis Indonesia merapati kapal mewah Equanimity yang berlabuh di Teluk Benoa dekat Bali pada 28 Februari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan