KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Isnin ini untuk
menyerahkan keputusan sama ada untuk memberikan kebenaran mendengar
permohonan penuh PPBM berhubung pembubaran sementara yang dikeluarkan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Hari ini, peguam PPBM Rosli Dahlan dan peguam persekutuan kanan Shamsul
Bolhassan telah membuat bantahan terhadap kebenaran itu di hadapan
Hakim Datuk Azizah Nawawi.
Pada Isnin lalu, PPBM memfailkan satu lagi semakan kehakiman yang
antara lain untuk membatalkan notis Seksyen 14 (5) Akta 1966 yang
membenarkan pembubaran sementara parti itu.
PPBM memohon perintah mahkamah untuk membatalkan keputusan RoS pada 5
April lalu, dengan mendakwa ia menyalahgunakan Seksyen 14(5) Akta
Pertubuhan.
PPBM turut memohon injunksi mahkamah untuk menghalang RoS daripada
mengambil tindakan lanjut membatalkan pendaftaran parti berkenaan
sepenuhnya.
Parti itu juga mahu RoS memberi jawapan mengenai peruntukan yang dilanggar mereka sehingga menyebabkan PPBM digantung sebulan.
RoS sebelum itu mengarahkan pembubaran sementara PPBM kerana gagal
mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusatnya serta
penyata kewangan parti itu setelah diarah berbuat demikian pada 28
Februari lalu melalui satu notis mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan
1966.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan