KUALA LANGAT: PKR Selangor mendominasi kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) apabila parti tersebut mengesahkan akan bertanding di 21 kawasan
dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Jumlah itu sama seperti yang ditandingi PKR dalam Pilihan Raya Umum
2013 dan ia juga dilihat sebagai strategi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
mengembangkan cita-cita peribadinya dalam PKR, lapor Utusan Online hari
ini.
Pengarah Pilihan Raya gabungan pembangkang PKR Selangor, Dr. Xavier
Jayakumar ketika mengesahkan perkata tersebut mendakwa, beliau yakin PKR
akan menang lebih banyak kerusi berbanding 2013.
“Kita telah bersetuju yang PKR mendapat 21 kerusi dan DAP sebanyak 16
kerusi, PAN pula akan bertanding di 10 kerusi dan PPBM dapat sembilan
kerusi,” katanya di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan