BORHAN AHMAD
Ketua Umno Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar mengaku beliau
adalah lelaki yang didakwa ditahan oleh polis selepas didapati positif
dadah dalam ujian air kencing itu.
“Saya adalah individu yang dimaksudkan,” kata Rizalman dalam sidang
media yang turut disertai bapanya, Datuk Mokhtar Samad dan isterinya.
Dalam sidang medianya hari ini, Rizalman tidak mengaku bersalah
menagih dadah dan jika ujian air kencing itu positif dadah sebagaimana
dilaporkan, ia adalah perangkap terhadap beliau.
“Saya menafikan terlibat dalam salah guna dadah.
“Ujian air kencing positif perangkap kepada saya untuk rosak nama
baik saya,” kata beliau dalam sidang media yang tirut disertai dua
peguamnya.
Rizalman berkata, beliau
akan teruskan khidmatnya sebagai ketua bahagian Umno Bandar Tun Razak selagi parti sedia menerima khidmatnya.
“Saya sedia meletakkan jawatan jika mahkamah mendapati saya bersalah nanti,” kata Raizalman.
Sehubungan itu, beliau memohon agar Umno tidak dikaitkan dalam isu ini “kerana ia serangan pribadi kepada saya.”
Sebelum ini, media melaporkan, seorang ketua bahagian sebuah parti
politik bergelar Datuk, ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat
hiburan di Jalan Imbi, di sini, selepas didapati positif dadah awal pagi
2 April lepas.
Serbuan dijalankan jam 2 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), susulan maklumat mengenai aktiviti hiburan tanpa lesen.
Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik bernombor 202, pihak polis
menahan lapan lelaki dan seorang wanita tempatan serta dua wanita warga
Indonesia, dipercayai pelanggan pusat hiburan berkenaan bagi menjalani
ujian saringan air kencing.
Menurut sumber, susulan itu, pemimpin parti politik berusia lewat
40-an terbabit didapati positif dadah jenis amphetamine dan
methamphetamine.
Pemimpin politik yang turut menganggotai beberapa pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) itu bersama sembilan lagi yang didapati positif dadah
kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu
Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, untuk tindakan lanjut.
Seorang lagi pengunjung lelaki didapati negatif dadah.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan