KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan dakwaan
pembelian tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) sebagai
cubaan pengurus dana haji itu untuk membantu membayar hutang 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).
Sebaliknya Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia sebagai satu pelaburan untuk jangka masa panjang.
Malah beliau menjelaskan, pembelian tanah di TRX bukan untuk
menghilangkan wang para pendeposit tetapi ia memberi pulang pelaburan
yang baik kepada Tabung Haji dan para pendepositnya.
Katanya, ini kerana harga tanah yang dibeli adalah di bawah harga pasaran dan ia menjadi aset Tabung Haji.
“Harga belian pada tahun 2015 adalah RM189 juta atau RM2,774 kaki
persegi, Sekarang, nilai tanah di TRX telah meningkat kepada RM205 juta
atau RM3,002 kaki persegi.
"Peningkatan sebanyak 8.2 peratus berbanding harga belian. Tabung Haji
sudah pun untung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas isu yang tular yang dibawa oleh DAP di media sosial
mengenai pembelian tanah Tabung Haji di TRX adalah untuk membayar
hutang-hutang 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan