HALAMAN SANTAI

Khamis, 19 April 2018

TLDM beli peluru berpandu RM601 juta dari syarikat Norway

 
Kongsberg Defence Systems mengesahkan resit pembeliannya.





PETALING JAYA: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membeli peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) bernilai 125 juta paun (RM601 juta) dari Norway.

Menurut majalah tentera yang berpangkalan di Britain, IHS Jane’s 360, Kongsberg Defense Systems (KDS), salah satu daripada 4 anak syarikat milik penuh Kongsberg Gruppen (KOG) Norway, mengesahkan resit pembelian tersebut.

KOG adalah kumpulan teknologi antarabangsa yang membekalkan sistem dan penyelesaian teknologi tinggi kepada pelanggan dalam perdagangan maritim, pertahanan, aeroangkasa dan industri minyak dan gas luar pesisir.

Laporan itu berkata KDS mengumumkan penjualan di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 di Kuala Lumpur semalam.

Pengumuman itu dibuat 3 tahun selepas Kongsberg menerima surat anugerah daripada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd di Lumut, Perak, bagi menyediakan peralatan kapal NSM untuk program 6 kapal Littora Combat Ship milik TLDM.

NSM pada asalnya dibangunkan oleh Kongsberg untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja British (RNoN) untuk senjata diskriminatif tinggi, tinjauan rendah permukaan ke permukaan yang boleh menembusi pertahanan kapal dan beroperasi dengan berkesan di dalam air dan persekitaran pantai.

Kongsberg memasuki perkhidmatan RNoN pada Oktober 2012.

Tiada ulasan: