HALAMAN SANTAI

Selasa, 17 April 2018

Video ubahsuai: Umno Sabah alukan tindakan bawah Akta Anti-Berita Tidak Benar

 
Pemuda Umno Sabah berkata tindakan perlu diambil selepas The Star berkata video menggunakan bahan mereka secara salah.


Bahrin Karim berkata penghasil video diubah suai ini jelas cuba memperdaya rakyat dengan visual, wawancara dan suara daripada sumber asal.


PETALING JAYA: Pemuda Umno Sabah mengalu-alukan tindakan undang-undang terhadap video yang diubahsuai seolah-olah laporan asal akhbar The Star untuk menghebahkan cerita berkaitan seorang bekas pengurus besar di negeri itu.

Penolong Setiausaha Pemuda Umno Sabah Mohd Bahrin Abd Karim berkata tindakan perlu diambil bawah Akta Anti-Berita Tidak Benar kerana penghasil video diubah suai ini jelas cuba memperdaya rakyat dengan visual, wawancara dan suara daripada sumber asal.

“Video yang ditular mengenai rasuah profil tinggi di Sabab yang telah banyak disunting untuk menjadikannya kelihatan bahawa ianya berita The Star yang asal dalam talian menunjukkan betapa terdesaknya pihak pembangkang.

“Inilah taktik kotor yang dibuat oleh pihak pembangkang dan tentunya apabila ia menjadi viral, ‘keyboard warrior’ mereka akan menyebar cerita itu,” katanya dalam kenyataan.

Pemuda Umno Sabah membuat laporan polis berhubung video itu hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang berkaitan dengan pengurus besar Perbadanan Pinjaman Sabah, Datuk George Ginibun.

The Star menafikan video itu daripadanya dan video menggunakan lambang The Star TV dan The Star Online serta bahan video secara salah. Akhbar itu berkata pihaknya berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan yang perlu.

Tiada ulasan: