Sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab menatang beban untuk meringankan hidup warganegaranya. Dalam hal ini, Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak mahu melakukan lebih lagi.
BN mahu membantu meningkatkan pengalaman seharian ekonomi rakyat.
Bagi tujuan ini, BN berazam untuk menangani peningkatan kos sara hidup. Ia mahu berganding bahu bersama rakyat untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.
Maka, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah dilaksanakan selama tujuh tahun bermula pada 2012 perlu diteruskan.
Ini kerana, bagi kebanyakan isi rumah, BR1M adalah wang tambahan yang masuk ke dalam poket mereka tiga kali setiap tahun.
Namun bagi BN, ia adalah satu wadah untuk berkongsi kemakmuran ekonomi negara secara sekata dengan tumpuan kepada golongan yang lebih memerlukan.
Malah, BN percaya dalam tempoh lima tahun akan datang kaedah ini boleh diperbaharui, diperbaiki dan diperluaskan agar ia menjadi lebih berkesan dan cekap.
Ini akan memastikan tidak ada rakyat yang terabai tanpa sebarang bantuan kerajaan walaupun bukan atas sebab kemiskinan.
Bercakap di hadapan 40,000 orang di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 April 2018, Dato’ Seri Najib Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional bertindak berani menawarkan satu lagi kategori baru untuk penerima BR1M.
· Penerima
dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 dan ke bawah akan menerima bayaran
BR1M sebanyak dua kali ganda daripada RM400 kepada RM800 pada bulan Jun dan
Ogos tahun ini.
· "Ini
bermakna, jumlah keseluruhan pemberian BR1M pada tahun ini meningkat daripada
RM1,200 kepada RM2,000," katanya sewaktu pelancaran Manifesto BN pada
malam itu.
· Beliau
turut mengumumkan yang isi rumah dengan pendapatan antara RM3,000 hingga
RM4,000 akan menerima kenaikan BR1M daripada RM300 kepada RM600 pada Jun dan
Ogos.
· Ini
menjadikan pembayaran keseluruhan kepada penerima kategori ini meningkat
daripada RM900 kepada RM1,500 tahun ini.
· Golongan
bujang dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 dan ke bawah pula akan
mendapat kenaikan sebanyak RM150. Ia akan dibayar pada bulan Jun, menjadikan
jumlah keseluruhan RM600.
· Kategori
baru BR1M yang diumumkan adalah bagi isi rumah dengan pendapatan antara RM4,000
sehingga RM5,000.
· Mereka
akan menerima RM700 menerusi pembayaran dua kali sebanyak RM350 pada bulan Jun
dan Ogos.
· Dato’
Seri Najib turut mengumumkan satu lagi bantuan sekali beri sebanyak RM1,500
untuk anak-anak penerima BR1M yang memasuki pusat pengajian tinggi.
Menurutnya, semua pembayaran tambahan ini berjaya dilaksanakan kerana kedudukan ekonomi negara yang kukuh dan teguh.
"Disebabkan ekonomi kita semakin baik dan kedudukan kewangan semakin kukuh, hasil kutipan GST pun bertambah, yang dikutuk-kutuk oleh pembangkang, maka kerajaan BN dapat berkongsi nikmat ini kepada rakyat," katanya.
Pemberian BR1M selama ini dimanfaatkan rakyat menerusi pelbagai cara.
Ada yang berbelanja untuk keperluan barang dapur. Ada yang membelanjakannya untuk keperluan persekolahan anak-anak mereka.
Bagi yang bujang pula, ada yang menjadikan BR1M sebagai modal untuk menceburi bidang keusahawanan dengan memulakan perniagaan kecil bersama rakan-rakan.
Selepas 7 tahun, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa BR1M adalah satu langkah ekonomi yang dilaksanakan tanpa mengira tempoh pilihan raya.
Ia diberikan kepada semua penerima tanpa mengira kecenderungan politik mereka.
Secara mudahnya, BR1M merupakan subsidi bersasar dan satu bentuk elaun keselamatan sosial untuk warganegara Malaysia.
Ia juga satu dasar jaringan keselamatan sosial yang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.
BR1M adalah satu penyelesaian ekonomi. Ia membolehkan kerajaan BN berkongsi nikmat kekayaan negara bagi memperhebatkan pengalaman ekonomi rakyat.
Selaku parti yang memohon mandat selama lima tahun lagi untuk mentadbir negara, BN tidak mudah bermain retorik politik dengan menuai harapan kosong menerusi janji “100 hari” sahaja.
Mandat yang dipohon adalah demi keamanan, kemakmuran, dan kesejahteraan negara kecil bernama Malaysia ini.
Ayuh bersama Barisan Nasional, hebatkan negara kita Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan