KUALA TERENGGANU:
Sebaik sahaja PAS berjaya menguasai Kerajaan Negeri Terengganu selepas
Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, pelbagai isu fitnah ditular di media
sosial, Facebook dan WhatsApp.
Sehubungan itu, Exco Kerajaan Negeri,
Hanafiah Mat melahirkan rasa dukacita dan kecewa, dengan tuduhan fitnah
pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
Menurut beliau, dakwaan kononnya
kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS telah merampas kunci Tabika Kemas
dan balai raya berlaku di beberapa tempat di Chukai, Kemaman.
"Saya menafikan semua (tuduhan) itu yang
merupakan fitnah. Kita (kerajaan negeri) tidak keluarkan apa-apa arahan
supaya kunci bangunan awam termasuk balai raya dan Tabika Kemas.
"Balai raya boleh digunakan seperti
biasa dan proses pembelajaran di Tabika Kemas itu pun tidak dihalang,
(mereka) boleh berjalan seperti biasa," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas
mengenai paparan skrin perbualan menerusi WhatsApp yang tersebar di
media sosial berlaku di Kampung Paya Berenjut, Chukai, Kemaman.
Malah jelasnya, sebaik sahaja kemenangan
berpihak kepada PAS pada 9 Mei lalu, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
telah mengarahkan kepada ahli parti agar tidak membuat demikian.
Hanafiah memenangi kerusi Dun Chukai
yang disandangnya pada PRU13 lalu, dan menang kali keduanya pada PRU14
dengan majoriti lebih besar, 4,881 undi dalam pertandingan tiga penjuru,
Barisan Nasional (BN) dan PKR. -HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan