HANGAT berkenaan LGBT
sejak mutakhir ini apabila ia golongan yang terlibat semakin berani
menzahirkan kelakuan ini. Ia seolah-olah mendapat nafas baru apabila
tanpa segan silu kelakuan keji di sisi Islam ini dilihat semakin
berleluasa di media sosial. Yang lebih menyedihkan lagi, seakan tiada
tindakan tegas dari pihak berkuasa yang selayaknya dalam menangani isu
ini dengan lebih berkesan dan pencegahan yang efisien.
Walhal LGBT ini merupakan jelas perkara
yang terlarang di dalam Islam malah disifatkan oleh Allah sebagai
perbuatan terkutuk yang keji. Ini sebagaimana berlaku di zaman Nabi Lut
A.S yang diutuskan kepada kaumnya yang mengalami konflik gender dan
melakukan aktiviti seksual di luar tabi'i apabila melampiaskan nafsu
syahwat sesama jenis kalangan mereka.
Justeru, mereka yang terlibat disarankan
mendapatkan kaunseling psikologi dan nasihat agama agar kecelaruan
identiti dapat diperbetulkan kembali. Di samping itu, keluarga mereka
hendaklah bertegas dengan jantina asal sejak dilahirkan demi kebaikan
bersama dan bukannya memberikan sokongan apatah lagi galakan yang
akhirnya memburukkan lagi keadaan sehingga masyarakat juga merasai
padahnya. Bagi pihak berkuasa pula, mestilah bertegas dan menggunakan
kuasa yang ada agar dapat membendung gejala ini dari terus dikembang
luas dan dipromosi. Tindakan dan hukuman yang tegas merupakan eleman
dalam nahi mungkar yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah.
Unit Penyelidikan
Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Pusat
Hakikatnya LGBT bukan hanya tidak diterima dari sudut konteks ajaran agama Islam malah ia merupakan sesuatu yang bercanggah dengan naluri kemanusiaan yang semulajadi. Sebab itu, mereka yang terlibat dengan LGBT mengalami konflik identiti dan juga gender atas diri mereka sendiri. Ini kerana secara naluri, syahwat yang ada dalam diri manusia adalah berinteraksi antara lelaki dan perempuan. Bukan sesama jenis jantina. Perkara ini adalah jelas malah disebut juga oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga pakar-pakar psikologi sama ada kalangan Muslim atau bukan. Inilah sebenarnya fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T kepada manusia sebagaimana umum ayat al-Quran :Firman Allah S.W.T:وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ (٨٠) إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (٨١)"(Maksudnya) Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?" (80) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas (81)"[al-A'raf 80 - 81]
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا"(Maksudnya) Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.(1)"[an-Nisa' 1]
Jika dilihat dari konteks hukuman dalam
Islam, walaupun para ulamak empat mazhab tidak bersepakat akan hukuman
ke atas homoseksual ini atau LGBT, sebagaimana jenayah zina, namun
terdapat perbahasan di mana hukuman bunuh dikenakan ke atas pelaku yang
terlibat dalam aktiviti LGBT tersebut. Ia menerusi zahir Hadis yang
diriwayatkan oleh Ibn Abbas akan sabda Nabi Muhammad S.A.W menyuruh
bunuh mereka yang melakukan aktiviti seperti kaum Lut A.S terdahulu.
Jelas, walaupun tidaklah disepakati ulamak sebagaimana jenayah yang
terdapat dalam Hudud, namun pandangan ulamak menerusi zahir Hadis
tersebut memberi isyarat betapa besarnya dosa dan jijiknya kelakuan
tersebut di dalam Islam.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:مَنْ وَجَدْتُمُوْهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمَ لُوْطٍ فَاقْتُلُوْا الْفَاعِلَ وَ الْمَفْعُوْلَ بِهِ"(Maksudnya) Siapa saja di antara kalian mendapati seseorang yang melakukan perbuatan Kaum Luth maka bunuhlah pelakunya beserta pasangannya.“(HR Abu Daud)
Sehubungan itu, setiap kalangan yang
terlibat dengan budaya LGBT ini wajib kembali kepada fitrah Islam yang
telah diciptakan Allah sebagai sebaik-baik kejadian. Suburnya budaya
LGBT ini hanya mengundang kemurkaan Allah dan kerosakan di atas muka
bumi. Malah akan menyebabkan terganggunya sistem generasi manusia kerana
melempiaskan nafsu syahwatnya sesama jenis bukanlah jalan untuk
memperolehi zuriat. Sebab itu, LGBT bukanlah hak asasi manusia namun ia
sebenarnya kecelaruan identiti yang berpunca dari psikologi yang tidak
terurus dengan baik. Ia bukanlah hak tetapi satu penyakit bahaya yang
tidak diterima sama sekali oleh akal yang waras. Sehubungan itu, kita
tidak menerima apa-apa penyakit kerana akan ia mengundang padah ke dalam
masyarakat.
Unit Penyelidikan
Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan