HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 Julai 2018

Politik wang pengaruhi dasar, kata ahli akademi

 
Beliau berkata ketiadaan undang-undang dana politik boleh menyebabkan ahli politik menbayar untuk memasuki kepimpinan tertinggi parti.


Prof Terence Gomez di forum anjuran G25 hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli akademi berkata berkata politik wang dalam pemilihan parti boleh mempengaruhi keputusan dalam membuat dasar-dasar awam yang mungkin memberi kesan pada rakyat.

Prof Terence Gomez dari Universiti Malaya berkata ahli politik akan membayar untuk memasuki kepimpinan tertinggi parti dalam usaha mendapatkan tempat dalam Kabinet atau syarikat milik kerajaan (GLC).

Beliau berkata “budaya” ini bermula dalam Umno semasa pemilihan parti lebih 30 tahun lalu.

“Politik wang bermula dalam pemilihan Umno pada awal 1980-an ketika presiden ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, membuka pertandingan jawatan timbalan presiden dibuka.

“Perkara ini didokumenman dan Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan wang dalam pemilihan parti untuk menjadi orang nombor 2 dalam Umno,” katanya pada forum G25 tentang reformasi biaya politik hari ini.

Speaker lain di forum itu ialah Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Wan Saiful Wan Jan, Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel dan felo di Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat dan bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Ramon Navaratnam.

Baru-baru ini perdana menteri berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membentang undang-undang dana politik bagi menghentikan rasuah.

Gomez berkata politik wang berlaku dalam pemilihan Umno selepas itu di mana calon memberikan wang kepada pemimpin akar umbi untuk mendapatkan undi buat pemimpin atasan.

“Ahli politik duduk di GLC, di mana syarikat diberi aset manakala yang lain memasuki pentadbiran dan membuat keputusan berkenaan dasar,” katanya.

Pensyarah itu, yang pernah menyelidik tentang biaya politik dan mendesak undang-undang dana politik diadakan, berkata dia pernah bertemu seorang bekas menteri bagi mendesak undang-undang itu di Parlimen 10 tahun lepas.

“Ahli pembangkang ketika itu enggan jumpa saya atau kumpulan sivil lain. Ini menyebabkan saya mencari menteri.

“Kami bertemu dan saya menjelaskan idea saya. Tetapi cadangan saya ditolak kerana partinya akan hilang kuasa kerana,” katanya.

Beliau juga memberi amaran tentang kemungkinan berlaku politik wang pada pemilihan PKR akan datang.

“Pada pemilihan lepas, terdapat dakwaan politik wang.

“Harap tiada lagi pada pemilihan bulan depan,” kata Gomez.

Sebelum berkuasa, wakil rakyat Pakatan Harapan menolak cadangan undang-undang dana politik oleh Barisan Nasional.

Ada yang menyuarakan rasa tidak percaya dan takut undang-undang itu digunakan terhadap mereka

Tiada ulasan: