BILA bersuara mengaum macam harimau lapar tapi bila dicabar berdebat menikus berbagai alasan.
Mengulas cabaran berdebat dengan tokoh
dakwah antarabangsa Dr Zaki Naik, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
dari DAP Dr P.Ramasamy berkata:
"Saya warga Malaysia, saya tak takut
berdebat. Tetapi Zakir perlu terlebih dulu pulang ke India, hadapi
dakwaan dan bersihkan namanya."
Kamu tuduh dia pengganas, kamu tuduh dia syaitan. Buktikan tuduhan kamu itu di sini, di Malaysia.
Dr Zakir berstatus PR (Permanent Residency)
di Malaysia, kami umat Islam di Malaysia hormat dan sayangi beliau dan
malah akan mempertahankan beliau untuk kekal berada di sini. Berani
tuduh berani tanggung.
Atau DAP sejak berkuasa lebih mahu guna
kuasa dari berdebat secara rasional dan menghormati hak bersuara dan
membela diri. Jangan sampai kamu dilihat syaitan di mata kami. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan