HALAMAN SANTAI

Selasa, 17 Julai 2018

Tabung Harapan Malaysia cecah RM153 juta

Shawaliah Hadir
 Tabung-Harapan-Malaysia-1-681x511


 
 
KUALA LUMPUR – Jumlah terkini kutipan Tabung Harapan mencecah RM153,445,814.86.

Perkembangan terkini itu dimuat naik oleh Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Facebook sebentar tadi.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Rakyat yang ingin menyumbang kepadaTabung Harapan Malaysia boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: