Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Maza melalui perkongsiannya di laman sosial Facebook menyatakan perlunya bersikap adil dalam isu berkenaan.
“Jika pada era yang lepas ada menteri yang dibebaskan pertuduhan oleh Peguam Negara, agak-agak apa ulasan ahli-ahli politik dalam kerajaan hari ini?
”Kita perlukan sikap yang adil! Tegasnya.
Isnin lalu Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng bebas tuduhan rasuah]
Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan pada hari yang sama menyatakan terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo.
SPRM menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah dibuat oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada suruhanjaya itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM terkejut mahkamah bebaskan Guan Eng]
Bukan hanya SPRM, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir juga terkejut penarikan kes pendakwaan rasuah berkenaan sehingga menjadikan kelmarin dikaitkan sebagai ‘Hari Terkejut’.
[ARTIKEL BERKAITAN: PM terkejut penarikan kes Guan Eng]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan