HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 September 2018

Harga rumah setengah juta macam rumah murah



Harga rumah setengah juta macam rumah murah

Perkara tersebut telah disuarakan kepada Ahli Dewan Negeri (Adun) mereka, Cheo Yee How berkenaan dengan masalah tersebut.

Adun Perling itu dalam kenyataannya berkata sememangnya dalam tinjauan yang dibuat, memang terdapat banyak masalah yang berlaku di rumah-rumah yang dibeli penduduk.

“Pemaju menjanjikan lain namun apa yang didapati, penduduk seperti tertipu dengan rumah yang dibeli dan terdapat kesan-kesan yang ketara di dalam rumah berkenaan.

“Tahap pembinaan yang teruk seperti pemaju mahu menyiapkan rumah secara tergesa-gesa.

“Selain itu tahap keselamatan yang kurang memuaskan juga dapat dilihat di pangsapuri tersebut seperti pagar besi yang diletakkan di setiap tingkat yang tidak bertepatan pada ciri keselamatan,” jelas Cheo.

Beliau yang ditemui di tapak pangsapuri berkenaan menegaskan pemaju sepatutnya mengambil berat akan perkara ini serta menjaga pembeli yang telah mengeluarkan duit yang banyak untuk rumah mereka.

“Saya akan berunding dengan pemaju untuk langkah penyelesaian terhadap bangunan tersebut dan saya akan perjuangkan nasib pembeli terutamanya berkenaan dengan keselamatan,” Cheo Yee How.

Tiada ulasan: