HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 September 2018

Intip: Polis belum terima laporan dari Istana Johor

Istana Johor
Sehingga jam 8 malam tadi belum ada laporan polis dibuat Istana Johor berkaitan perkara itu.

 
SHAH ALAM - Polis belum menerima sebarang laporan bersabit dakwaan media sosial milik Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diintip individu tertentu menggunakan teknologi Israel.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, setakat jam 8 malam tadi, pihaknya tidak menerima sebarang laporan dibuat Istana Johor berhubung perkara berkenaan.

"Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat atau diterima Polis Johor berhubung kenyataan TMJ berkenaan,” katanya dipetik Harian Metro Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Johor, TMJ sedang diperhatikan?]

Tunku Ismail dalam laman sosial Facebooknya sebelum ini turut mendedahkan laman sosial ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, turut diperhatikan individu tertentu.

Malah beliau turut mendakwa, ramai 'cybertroopers' diletakkan di laman sosial milik pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Alat berkenaan yang didakwa dimiliki kerajaan digunakan untuk tujuan pengintipan dan mengumpul data selain digunakan sebelum pilihan raya bagi membantu dalam perang siber.


Tiada ulasan: