Nadzim Johan
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kajian terperinci juga perlu dijalankan bagi melihat implikasi terhadap rakyat.
“Seharusnya sebelum umum, ajukan dulu kepada pemegang-pemegang taruh, janganlah jadikan macam ping pong.
“Dengar dahulu pandangan persatuan-persatuan, kaji dulu keperluan rakyat barulah umum,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini Kementerian Kewangan menarik balik beberapa item daripada senarai dikenakan cukai selepas mendapat bantahan daripada ramai pihak termasuk tambah nilai kad prabayar dan ikan masin.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kad prabayar dikecualikan SST berkuatkuasa serta merta]
[ARTIKEL BERKAITAN: Ikan masin: Kastam mohon maaf…]
Mengulas lanjut, Nadzim berkata sekiranya kerajaan lebih memilih pendekatan umum dahulu dan menarik balik item yang dibantah rakyat, ia hanya menjejaskan kredibiliti menteri terlibat.
“Mungkin menteri kali ini mendengar dan ambil tindakan terhadap suara pengguna. Boleh juga kalau nak umum dulu tapi kredibiliti tergugat. Sahkan dulu barulah umum.
“Terbukti apabila rakyat kritik, ada positifnya. Kerajaan ubah apabila dikritik ini baik juga tapi lebih baik kaji sebelum keluarkan kenyataan,” katanya.
Tambahnya, kerajaan tidak perlu mengubah senarai pengecualian SST beberapa kali sekiranya lebih awal meminta input dan cadangan.
Dalam pada itu, Guan Eng memaklumkan lebih banyak barang akan dikecualikan SST, akhir tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan