HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 September 2018

JUAL NEGARA: NAJIB DESAK JAWAPAN MAHATHIR


Wartawan Watan-Online



Datuk Seri Najib Razak hari ini mengajukan pertanyaan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tuduhan kehilangan RM160 bilion dana rizab Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah pentadbirannya.

Bekas Perdana Menteri itu juga membangkitkan tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz menuduh beliau menjual negara dengan mendakwa beliau menswastakan 40,000 hektar tanah Kementerian Pertahanan.

Najib dalam catatan di laman sosialnya bertanyakan apa yang terjadi dengan dua pertuduhan yang ternyata fitnah terhadapnya.

Berikut kenyataan penuh Najib:

Sebelum PRU14, kita dengar tuduhan-tuduhan seperti Melaka Gateway, Forest City dan Taman perindustrian MCKIP di Kuantan di mana ia kini ternyata fitnah terhadap saya.

(Baru saya tahu cara penyelesaian isu “jual negara” ialah dengan merendahkan tembok kilang besi sebanyak 1.2 meter (3.9 kaki). Mengapa dulu tak beritahu?)

Saya juga ingin bertanya mengenai dua lagi tuduhan yang amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.

Yang pertama ialah tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa sebanyak RM160 bilion telah ‘hilang’ dari dana rizab BNM di bawah pentadbiran saya di mana ia disamakan dengan RM31.5 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion pada hari ini) yang lesap akibat pertaruhan FOREX ketika beliau menerajui pentadbiran kerajaan pada tahun 90an, dah sudahpun disahkan oleh RCI.

(Wang rizab antarabangsa BNM RM160 bilion ini bukan hilang atau di curi tetapi ditukar dari matawang asing kepada Ringgit dalam usaha mempertahankan nilai Ringgit pada waktu itu. Ia tidak sama dengan kehilangan akibat kalah judi opsyen Forex dalam skandal tahun 1990an itu)

Kedua ialah tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat “Saya bersaksi dengan Allah” dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik tiga individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

Nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14.

Kini, PH telah memegang Putrajaya selama lima bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai kedua-dua tuduhan yang amat serius ini.

Apa telah jadi dengan dua lagi tuduhan ini?

Tiada ulasan: